suria

Awas! Wanita alami masalah terkucil jangan ambil mudah, pakar kata tak normal

Masalah terkucil dalam kalangan wanita boleh membawa kepada penyakit lebih serius. - Gambar hiasan/The Sun UK

JIKA anda seorang wanita dan mudah terkucil, walaupun sedikit, jangan ambil mudah kerana ia bukan sesuatu yang normal!

Kebanyakan wanita tidak sedar bahawa masalah ini berpotensi menjadi serius, tetapi ia masih boleh dirawat.

"Kalau anda tanya kawan perempuan lain sama ada terkucil ini normal atau tidak, mereka akan kata ya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan main-main! Ketahui 7 mudarat termasuk kegagalan buah pinggang jika badan kurang air

"Wanita sangka selepas mereka melahirkan anak, masalah terkucil itu adalah normal ketika terbatuk atau bersin. Sebenarnya tidak sama sekali!

"Kalau dapat tahan diri daripada terkencing ketika batuk atau bersin bukan pula satu kelebihan, itu barulah dipanggil normal.

"Malangnya, ramai wanita masih tidak tahu di mana mereka boleh dapatkan bantuan," kata pakar sakit puan, Dr Hoo Mei Lin.

Dr Mei Lin menunjukkan kedudukan otot lantai pelvis wanita terletak menggunakan model anatomi. - Foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Sebagai orang Asia, wanita turut berasa malu untuk mendedahkan tentang masalah ini selagi doktor tidak bertanya.

Kata Dr Mei Lin, pesakit tidak memberitahu tentang masalah kepadanya sehinggalah ada sesuatu tergantung di antara kelengkang mereka atau kerap ke tandas atau masalah itu mendatangkan kesan kepada kehidupan mereka.

"Bila ia berlaku, situasi tersebut sudah menjadi terlalu serius. Malangnya, kebanyakan pakar kesihatan juga beranggapan terkucil ini biasa berlaku kerana sebahagian daripada proses penuaan," ujarnya.

Kegagalan mengawal biasanya berpunca daripada otot lantai pelvik yang lemah.

Otot ini membantu menyokong organ pelvis yang terdiri daripada pundi kencing dan usus dalam tubuh lelaki; manakala pundi kencing, usus dan rahim pula dalam tubuh wanita.

Salah satu cara lama adalah dengan meminta wanita itu memasukkan dua jari ke dalam vagina mereka dan kemudian tekan atau kemut. Kalau rasa seperti jari dikemut, maknanya kaedah itu dilakukan dengan betul.

DR MEI LIN

PAKAR SAKIT PUAN

Kelemahan biasanya disebabkan oleh kehamilan.

Faktor lain pula disebabkan kerana melahirkan bayi, pembedahan, obesiti, putus haid, penuaan ketegangan berlebihan daripada sembelit atau batuk kronik.

"Semua orang ingat melahirkan anak adalah puncanya, tapi bukan. Sebenarnya, ia disebabkan oleh kehamilan.

"Setiap wanita yang ditanya akan mengalami masalah ini semasa tempoh kehamilan.

"Ketika wanita itu hamil, lantai pelvis mereka ditekan. Macam meletakkan sesuatu yang berat pada buaian, ia akan melendut.

"Begitu juga kepada otot perut kita. Ia seperti belon, ketika anda mula-mula mengembangkannya, segalanya tegang.

"Apabila anda melepaskan semua udara, ia akan mengendur. Begitu juga dengan lantai pelvis. Kalau tidak ditegangkan selepas kehamilan, ia tidak akan kembali ke keadaan asal," jelas Dr Mei Lin.

Pakar perubatan itu menasihatkan agar wanita yang mengalami masalah ini agar bertemu dengan doktor yang boleh mengajar mereka menguatkan otot lantai pelvis dengan melakukan senaman kegel.

"Salah satu cara lama adalah dengan meminta wanita itu memasukkan dua jari ke dalam vagina mereka dan kemudian tekan atau kemut.

"Kalau rasa seperti jari dikemut, maknanya kaedah itu dilakukan dengan betul," tambah beliau. - Star2

Artikel Lain