suria

Tahukah anda, tabiat merokok dan aktiviti sukan antara punca payudara cepat kendur!

Pemilihan bra juga sangat penting bagi memastikan ia dapat menyokong payudara anda.

SEMUA wanita pasti ingin memiliki bentuk payudara yang cantik dan tegang, namun atas beberapa faktor termasuk amalan seharian ia boleh menyebabkan buah dada itu kelihatan melayut walaupun pada usia masih muda.

Meskipun tidak boleh menolak faktor genetik, kaum wanita sekalian perlu tahu tabiat tertentu juga boleh mempengaruhi bentuk payudara anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terkejut! Pakar dapat 'baca' tahap kesihatan anda melalui penggunaan perkataan di status Facebook

Selain sebab semulajadi seperti bersalin, menyusu badan dan penambahan usia, sebenarnya terdapat beberapa hal lain yang membuatkan payudara anda kelihatan kendur dan tidak cantik. Antara penyebab ia berlaku termasuklah;

1. Penurunan berat badan mendadak

Berat badan yang turun secara drastik boleh membuatkan kulit pada bahagian dada mengendur disebabkan kehilangan banyak lemak.

2. Tabiat merokok

Bunyinya agak mengarut tetapi sebenarnya tabiat merokok boleh menyebabkan payudara mengendur disebabkan bahan kimia yang terdapat di dalamnya mampu merosakkan sel-sel kulit.

Menyusu badan juga akan menyebabkan payudara anda mengendur secara semulajadi. 

3. Tidak menggunakan losen

Payudara yang terdedah kepada sinaran matahari walaupun memakai baju boleh menyebabkan penurunan kandungan kolagen di dada serta merosakkan jaringan kulit.

Sebaiknya amalkan penggunaan losen agar payudara anda tidak cepat 'tua' sebelum waktunya serta memberikan kelembapan apabila terkena sinaran matahari.

4. Pemilihan bra yang salah

Menggunakan bra yang tidak menyokong payudara anda dengan betul dan tidak selesa juga penyebab ia cepat mengendur.

Sebaiknya pilih bra dengan tali penyokong yang besar dan mempunyai besi di bahagian bawah agar dapat menampung berat serta memberi sokongan kepada payudara anda.

5. Aktif bersukan

Aktiviti sukan seperti berlari dan melompat menyebabkan payudara anda akan terhayun dan keadaan ini akan membuatkan kulit payudara mengendur selain merosakkan kolagen yang ada pada bahagian itu. - VIVA

Payudara

Artikel Lain