suria

Mahu cantik secara semulajadi? Amalkan 8 makanan ini untuk kulit kekal sihat dan menawan

Buah beri biru baik untuk memberi keanjalan kulit.

RAMAI inginkan kulit putih dan gebu sehingga sanggup menggunakan pelbagai produk yang tidak diketahui kandungannya sehingga ia membahayakan kesihatan.

Namun di sebalik itu, warna kulit tak sekata atau bermasalah seperti berjerawat juga berpunca daripada tabiat pemakanan tidak sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Khasiat berlipat ganda dorong 2 bilion penduduk dunia makan serangga - Penyelidik

Berita baiknya, terdapat pelbagai jenis makanan yang sebenarnya boleh membantu mencantikkan kulit anda selain mengurangkan masalah jerawat sekaligus mencegah kanser kulit.

1. Coklat Gelap (Dark Chocolate)

Coklat gelap kaya dengan koko yang terbukti membantu mendapatkan kulit yang licin namun pengambilannya tidak boleh terlalu kerap.

2. Rosemary

Rosemary adalah herba paling baik untuk kulit anda kerana ia kaya dengan antioksida selain ia mengurangkan risiko melanoma (tumor pada kulit).

3. Minyak Zaitun

Minyak zaitun mempunyai lemak baik dan antioksidan polifenol untuk memperbaiki kulit rosak akibat pencemaran asap dan pendedahan terhadap sinaran matahari berlebihan.

4. Tomato

Secara khususnya, tomato kaya dengan likopena, antioksidan yang meningkatkan perlindungan terhadap pancaran matahari. Buat lelaki, tomato juga baik untuk kesihatan prostat anda.

5. Lobak Merah

Ia kaya dengan beta-karoten dan ia membantu dalam memberi 'cahaya' kepada kulit anda.

6. Beri Biru

Ada sebab mengapa beri ini berwarna biru - ia kaya dengan antioksidan selain pembekal utama vitamin A, C, dan E dalam memberi keanjalan pada kulit serta mengurangkan kerosakan pada kulit anda.

7. Teh Hijau

Seperti kebanyakan makanan dalam senarai ini, teh hijau juga kaya dengan polifenol dan antioksidan yang membantu menganjalkan kulit serta melindungi kerosakan akibat pancaran matahari.

8. Ikan Salmon

Isi ikan salmon berwarna merah jambu/jingga disebabkan kandungan karotenoid yang dipanggil astaxanthin yang beribu lebih baik daripada Vitamin C dan E. Paling penting ia turut membekalkan kolagen pada kulit anda.

Beri Biru, Tomato, Lobak Merah, Kulit

Artikel Lain