suria

Sukar tidur? 4 perkara ini mungkin jadi penyebab

Gangguan tidur boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara. Gambar Sekadar Hiasan

BADAN penat tapi masih belum terasa mengantuk? Atau setiap pagi anda bangun dalam keadaan lemah dan mengantuk?

Hati-hati, anda mungkin sedang mengalami gangguan tidur akibat beberapa faktor yang mungkin tidak sedari dan seterusnya menyukarkan anda mendapat rehat berkualiti.

Cuba teliti empat perkara di bawah yang mungkin ada kaitan dengan diri anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Selain serai, 5 tumbuhan ini mampu halau nyamuk di rumah anda

1. Bilik tidur berselerak

Bilik tidur bukan sahaja tempat untuk tidur tetapi juga ruang peribadi termasuk menempatkan pelbagai barang yang adakalanya menyesakkan!

Keadaan bilik yang kotor termasuk cadar katil kotor dan berbau sebenarnya memberi kesan kepada tidur anda kerana ia mengganggu minda anda.

2. Warna dinding

Warna dinding yang terlalu terang juga boleh memberi kesan kepada kualiti tidur anda dan sebaiknya pilih warna lebih lembut dan 'sejuk'.

Jika ingin kelainan gunakan kertas dinding bercorak atau memilih perabot sesuai bagi mengimbangi warna dinding yang terang serta mencipta mood untuk anda berehat.

3. Cadar dan bantal

Mungkin tidak penting tetapi sebenarnya kualiti dan kebersihan cadar serta bantal juga penyebab seseorang mengalami gangguan tidur.

Sebaiknya gantikan cadar anda seminggu sekali dan pastinya tidur anda akan lebih nyenyak, selain menukar bantal anda sekurang-kurangnya sekali setahun.

Bantal sangat memainkan peranan dalam menjaga postur badan dan membuatkan anda tidur lena.

4. Suhu bilik

Bilik terlalu panas atau sejuk memang membuatkan anda sukar tidur dan sebaik-baiknya pastikan suhu berada dalam 18 hingga 22 darjah celcius.

Suhu bilik ini penting dalam membantu menghasilkan hormon melatonin bagi membantu anda tidur.

Tidur, Penyakit, Cadar, Bantal

Artikel Lain