suria

3 petanda ini sudah cukup untuk buktikan si dia sukakan anda atau tidak!

Temu janji pertama adalah proses untuk mengenali si dia sebelum membawa hubungan ke tahap seterusnya. Gambar Sekadar Hiasan

KELUAR bertemu janji buat kali pertama pastinya sangat mendebarkan kerana tidak mengetahui sama ada pihak di sebelah sana tertarik atau tidak kepada kita.

Jika menemui keserasian ia petanda baik untuk membawa hubungan itu ke tahap seterusnya tetapi jika tidak, adalah lebih baik bersedia agar tidak kecewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering dapat mesej mengurat di IG, ini 3 cara tolak secara baik

Namun ada beberapa petunjuk yang membolehkan anda tahu sama ada si dia tertarik dengan anda atau pun sebaliknya.

1. Si dia tidak fokus, tiada 'eye contact'

Salah satu tanda yang paling mudah untuk mengenal pasti sama ada si dia suka dengan anda atau pun tidak apabila si dia sering menukar topik perbualan.

Malah dia tidak fokus dengan apa yang anda ceritakan kepadanya selain matanya tidak memandang anda.

"Jika dia tak memandang mata anda, tidak fokus dan lebih sibuk dengan telefonnya pada temu janji pertama itu petanda jelas dia tidak berminat dengan anda.

"Temu janji pertama bukan tempat untuk sibuk dengan telefon atau menyemak Instagram," kata pakar perhubungan Julie Spira.

Bagaimanapun itu bukan bererti anda boleh mendiamkan diri dengan sikap acuh tidak acuh si dia dan sebaiknya berterus-terang bahawa anda terganggu dengan sikapnya.

2. Banyak alasan

Si dia yang beria-ria mengajak anda keluar bersamanya tetapi tidak sampai sejam sudah ajak anda balik dengan memberi alasan tidak munasabah seperti sibuk atau perlu pulang.

Itu petanda si dia tidak berminat dengan anda. Jadi jangan cuba untuk meletakkan harapan kepadanya lagi.

3. Tidak banyak bercakap

Temu janji pertama bukan untuk berdiam diri sebaliknya ini adalah peluang untuk berbual dan mengenali di antara satu sama lain.

Tetapi jika pertanyaan anda dijawab sepatah atau hanya menggunakan mimik muka, lebih baik angkat kaki dan berlalu pergi!

"Seseorang yang tertarik dengan pasangannya akan berkongsi cerita tentang kehidupannya dengan anda dan mahu mendengar kisah ada," kata Julie.

Temu janji, Bercinta, Pasangan, Famili

Artikel Lain