suria

Tiada istilah ‘badan saya, hak saya!’ Ketahui 5 larangan penting jika anda dirogol

Jika anda menjadi mangsa rogol, jangan panik! Hindarkan dari melakukan lima perkara ini.

ROGOL merupakan antara jenayah seksual yang boleh menimpa sesiapa sahaja. Bahkan pelaku jenayah ini boleh melibatkan seseorang yang anda percaya termasuk ahli keluarga, teman lelaki, jiran, majikan serta rakan terdekat.

Rogol didefinisikan sebagai memaksa seseorang individu melakukan persetubuhan tanpa rela dengan ugutan untuk menggunakan kekasaran.

Kebiasaannya apabila seseorang gadis atau wanita itu dirogol, mereka akan terus membersihkan diri dek kerana rasa terhina atau jijik atas insiden yang berlaku.

Namun, mereka terlupa akan tindakan itu mampu menghilangkan bukti bagi pihak polis mengesan si pelaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Selaput dara... Antara mitos dan fakta, penting untuk ambil tahu kalau tak mahu jatuh fitnah!

Selain dari tangkapan rambang pihak polis, proses pengecaman amat penting bagi mengesahkan pelaku tersebut.

Malah, seringkali diingatkan agar mangsa tidak perlu panik, dilema atau berduka lara namun, anda hanya perlu menegakkan keadilan.

Jadi, apakah larangan yang perlu kita ketahui seandainya kita menjadi mangsa rogol? 

Berikut antara larangan penting ke atas mangsa rogol seperti yang dikongsikan oleh portal myhealth

Membersihkan diri mampu menghilangkan bukti.

1. Mandi

Larangan ini bagi membantu proses pengesahan air mani, di mana ia perlu dilakukan melalui teknik 'Hair combing'.

'Hair combing' ialah pengesahan air mani dan pengesahan gentian fiber, benda asing serta bulu asing pada rambut di kepala dan di bulu kemaluan anda.

Manakala, teknik kedua ialah melalui 'Hair plucking atau cutting' yang dibuat dengan cara mencabut rambut di kepala dan mencabut bulu kemaluan untuk dijadikan sebagai sampel.

Anda juga perlu elakkan dari memberus gigi.

2. Gosok gigi

Anda dilarang menggosok gigi kerana tindakan ini mampu memusnahkan bukti penting seperti air mani dan darah jika berlaku seks oral serta air liur pelaku.

Seks oral bermaksud aktiviti-aktiviti seks menggunakan mulut dan lidah untuk menjilat atau mengulum kemaluan.

Elakkan memasukkan sesuatu ke dalam mulut.

3. Makan dan minum

Ini adalah penting bagi pengesanan air mani jika berlaku seks oral ke atas mangsa dalam tempoh 72 jam. Tujuannya sama seperti larangan untuk anda menggosok gigi.

Bawa bersama pakaian anda pakai semasa kejadian ke balai .

4. Tukar pakaian

Mangsa sebolehnya dilarang menukar pakaian terutamanya seluar dalam bagi menjalankan pengesahan air mani pada 'sanitary pads' dan seluar dalam.

Namun, jika anda perlu atau terpaksa menukar pakaian, sila simpan pakaian (termasuk pakaian dalam) yang anda pakai semasa kejadian dan bawa ke hospital.

Jangan bersihkan pakaian tersebut kerana ada kemungkinan air mani serta DNA pelaku masih tersisa.

Memberi kerjasama dalam keterangan dengan pihak hospital. 

5. Jangan tunggu lebih 48 jam sebelum berjumpa doktor atau membuat laporan polis

Langkah penting yang perlu anda lakuan ialah melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengumpul bukti dalam membantu siasatan polis. Ini kerana, pemeriksaan segera oleh doktor penting bagi mendapatkan bukti yang kukuh terhadap perogol. Kemudian, membuat laporan polis secepat mungkin.

Namun, jika anda datang ke hospital seminggu selepas kejadian, ada kemungkinan sampel DNA atau air mani tiada.

Disamping itu, penting untuk dikongsi larangan ini sebagai panduan buat anda di luar sana kerana umum mengetahui akan kesannya yang mampu membuatkan mangsa mengalami trauma yang serius.

Langkah-langkah ini diharap dapat membantu sesiapa sahaja yang menjadi mangsa rogol untuk bertindak bagi menegakkan kebenaran dan pelaku dikenakan tindakan setimpal.

Larangan, mangsa, rogol

Artikel Lain