suria

Awas! Derita insomnia antara punca kemurungan dan ‘anxiety’, ketahui tip dapat tidur lena

Masalah insomnia perlu ditangani kerana proses kurang tidur akan mengakibatkan gangguan neurotransmitter dan membawa kepada perasan gelisah (anxiety) atau murung (depression).

ADUHAI, jam dah pukul 2 pagi tapi mata masih terkebil-kebil. Kenapa tak boleh lena ni?

Jika sesiapa pernah berhadapan dengan situasi tersebut, anda sebenarnya tergolong dalam kalangan mereka yang menghidapi masalah insomnia.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja minum, sembur air limau nipis dalam rumah antara 9 tip hadapi jerebu 

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak hanya bermanfaat sebagai pelengkap masakan, ketahui 5 keajaiban bunga lawang 

Apakah insomnia?

Insomnia adalah satu keadaan di mana penderita tidak mendapat tidur yang cukup untuk dirinya sama ada dari segi kualiti atau kuantiti.

Kajian daripada Jurnal Kesihatan Awam Asia Pasifik menunjukkan corak insomnia dalam populasi Malaysia adalah sebanyak 54 peratus, di mana 12.2 peratus daripadanya datang daripada subjek yang sedang menderita insomnia tahap kronik.

Dr Sathindren Santhirathelagan

Menurut Pakar Neurologi, Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Sathindren Santhirathelagan, umumnya golongan dewasa memerlukan antara enam hingga lapan jam tidur setiap malam, manakala kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang.

Sementara itu, masa yang lebih pendek untuk warga usia emas iaitu di antara empat hingga lima jam sehari.

Mewujudkan persekitaran kamar yang selesa juga mampu menyumbang kepada tidur yang berkualiti. 

“Sebenarnya tidur melibatkan beberapa proses dalam otak dan melibatkan imbangan bahan-bahan kimia (neurotransmitters) dalam otak. Sekiranya proses ini terganggu, atau bahan kimia tersebut tidak seimbang, maka proses tidur akan terjejas,” katanya kepada mStar.

Berikut merupakan tip dan informasi mengenai penyakit insomnia yang dikongsi Dr Sathindren.

Punca

Kadang-kadang gangguan tidur ini terjadi tanpa sebab yang boleh dikesan, kebanyakan kes terjadi kerana ada pendorong lain seperti:

1) Ada penyakit lain dalam badan

2) Kesihatan terganggu

3) Stres belebihan

4) Masalah fisiologi seperti pencernaan yang kurang baik

5) Gangguan seksual

6) Gangguan televisyen, komputer, telefon

7) Bunyi bising persekitaran seperti pasangan berdengkur

Salah satu cara mengubati insomnia adalah dengan mengelakkan melihat gambar menggerunkan atau mengghairahkan sebelum tidur. 

Cara mengubati insomnia

1) Elakkan stres

2) Wujudkan suasana tidur yang selesa

3) Kerjasama daripada pasangan agar kurang berdengkur

4) Minum susu suam atau teh chamomile sebelum tidur

5) Elakkan merokok atau minuman keras sebelum tidur

6) Makan makanan mudah dicerna

7) Elak lihat gambar menghairahkan atau menggerunkan

8) Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam

9) Ubat penenang ringan dengan pengawasan doktor (langkah terakhir)

Menurut Dr Sathindren, pesakit insomnia tidak boleh menjadi gila atau rosak otak kecuali langsung tidak tidur, namun ini jarang sekali berlaku.

Bagaimanapun, proses kurang tidur akan mengakibatkan gangguan neurotransmitter dan membawa kepada perasan bimbang (anxiety) atau murung (depression).

Justeru, individu yang berdepan masalah untuk tidur perlu mendapatkan nasihat doktor serta mengelak penggunaan pil tidur untuk jangka panjang. 

insomnia, anxiety, kemurungan

Artikel Lain