KEWUJUDAN selulit berwarna gelap pada bahagian perut wanita mengandung adalah perkara biasa terutamanya apabila usia kandungan memasuki trimister ketiga. Garis hitam memanjang dari pusat hingga ke bahagian kemaluan atau dikenali sebagai linea nigra juga akan wujud, namun kebiasaannya garisan ini akan hilang selepas bersalin. ARTIKEL BERKAITAN: Benarkah tindik puting, kerja shif malam boleh sebabkan kanser payudara? Jom cek 10 mitos barah pembunuh nombor 1 wanita Sebenarnya setiap orang memiliki garisan ini namun ia akan nampak dengan jelas apabila kulit perut membesar ditambah dengan kehadiran hormon estrogen menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak melanin. Zat yang terhasil pada tubuh juga menyebabkan garis berwarna gelap di bahagian perut semakin nyata termasuk puting buah dada, malah dalam kes-kes tertentu leher dan wajah juga bertukar gelap. Garisan hitam dan selulit ketika hamil akan hilang dengan sendiri selepas melahirkan anak. Tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghilangkan linea nigra ini, sebaliknya ia akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin. Jadi tidak perlu menggunakan produk tertentu untuk menghilangkan kesan hitam itu. Bagaimanapun, linea nigra juga boleh dialami oleh wanita tidak mengandung dan biasanya garisan hitam itu muncul disebabkan pengambilan pil pencegahan hamil. Keadaan itu berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron. Penghidap penyakit addison iaitu keadaan di mana seseorang itu kekurangan adrenalin kronik sehingga hormon steriod tidak mencukupi juga boleh mendapat linea nigra. Begitu juga penderita kepada penderita penyakit Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) iaitu tahap hormon estrogen juga tidak stabil sehingga menyebabkan keadaan serupa.