suria

Smoothie dan jem, kelebihan halia untuk gaya hidup sihat

Banya khasiat halia yang bagus untuk kesihatan.

HALIA merupakan sejenis herba tradisi yang sering digunakan secara meluas tidak kira dalam masakan, perubatan mahupun untuk manfaat kesihatan.

Malah orang cakap, 'takkan lengkap rasanya kalau tak ada herba ini di dapur'. Selain mempunyai peranan besar sebagai ramuan di dalam hidangan, halia juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Minum air panas suam boleh awet muda, cegah kanser? Anda silap! Ketahui 9 info berkaitan minuman untuk kekal sihat

Mana tidaknya lengkap dengan pakej seperti karbohidrat, serat, gentian, vitamin A, B dan C, lemak, asid organik dan lain-lain lagi. Semestinya herba ini memberi banyak manfaat dan kebaikkan dari sudut kesihatan.

Jadi tunggu apa lagi, mulakan hari anda dengan gaya hidup sihat.

Kopi adalah salah satu sumber antioksidan terbesar.

Umum tahu, herba halia ini membantu meningkatkan kesihatan dalaman diri terutamanya dari penurunan berat badan hinggalah membantu melancarkan sistem penghadaman yang lebih baik.

Malah jika anda seorang pencinta teh, sudah pastinya anda tahu kewujudan 'adrak wali chai' dimana ia sesuai dihidangkan khas buat sesiapa yang mengamalkan diet. 

Berikut adalah beberapa cara di mana anda boleh memasukkan halia dalam diet pagi anda.

1. Kopi halia

Haaa! Mungkin anda pernah merasai atau menikmati teh halia... Namun bagaimana pula dengan kopi halia?

Sebenarnya ramai yang tak tahu akan uniknya minuman ini apabila kopi dicampur dengan halia kerana ia merupakan satu kombo radikal bebas yang kuat, terutamanya kerana kopi adalah salah satu sumber antioksidan terbesar.

Jadi, untuk mendapatkan minuman superfood setiap pagi, anda hanya perlu tambahkan halia sekurang-kurangnya satu sudu teh ke dalam cawan.

Bukan itu sahaja, semestinya kombinasi kopi dan halia ini bukan sahaja memberi rasa yang pedas, berlemak dan lazat, tetapi ia juga boleh membantu pencernaan.

Halia membantu merawat sistem pencernaan.

2. Jem halia

Bosan dengan jem strawberi, kiwi oren? Jadi apa kata anda cuba jem halia! Siapa yang tidak akan tertarik dengan manisan ini bukan?

Walaupun agak pelik tetapi jangan tak tahu banyak khasiat yang boleh diperolehi. Anda boleh sahaja membelinya atau membuat sendiri kerana cara penyediaannya sama sahaja seperti pembuatan jem biasa,  hanya gantikan dengan halia sahaja.

Malah ia sesuai dimakan dengan roti bakar atau biskut ketika bersarapan.

3. Smoothie halia

Selain itu terdapat juga cara lain seperti membuat smoothie dan sesuai diminum ketika perut kosong.

Ini kerana terdapat pelbagai manfaat kesihatan seperti membantu meningkatkan metabolisme dan ia bagus untuk usus.

Hidangan sarapan pagi yang mudah untuk disediakan.

4. Semangkuk granola halia

Granola adalah salah satu pilihan sarapan yang sihat kerana ia kaya dengan serat serta mudah disediakan.

Anda juga boleh campurkan halia ke dalam mangkuk granola anda supaya lebih berkhasiat.

Cara-caranya ialah masukkan kira-kira tiga sentimeter halia dan campurkan dengan madu, kemudian taburkan ke atas mangkuk sarapan anda. Menambah halia pada semangkuk granola membantu mengurangkan anti-radang. - The Indian EXPRESS

halia, kebaikkan, pencernaan

Artikel Lain