suria

Anda mungkin tergolong dalam kategori OCD, kenali tanda-tanda awal

Penghidap OCD boleh dikenalpasti apabila seseorang itu melakukan sesuatu berulang kali sehingga menimbulkan rimas kepada orang lain.

GANGGUAN Obsesif Kompulsif (OCD) sebenarnya banyak berlaku kepada sesiapa sahaja. Bezanya, sedar atau tidak.

Paling ketara, penghidap OCD boleh dikenalpasti apabila seseorang itu melakukan sesuatu berulang kali sehingga menimbulkan rimas kepada orang lain.

Hakikatnya OCD ini boleh memberi kesan kepada seseorang yang mengalaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah rancang aktiviti bersama anak cuti sekolah ini? Apa kata ambil kira 5 tip ini

Tetapi sekiranya anda tidak pasti tergolong dalam kategori OCD ini, apa kata nilai sendiri beberapa fakta di bawah ini.

1. Tindakan berulang

Membuat sesuatu perkara seperti mencuci tangan dengan sanitizer setiap masa, kunci pintu dan periksa beberapa kali, membetulkan barang perhiasan secara kerap dianggap simpton klasik bagi penghidap OCD ini.

2. Ikut peraturan sendiri

Pengihidap OCD ini terlalu mengikut peraturan sendiri. Berdasarkan laporan Psychology Today, peraturan ini sangat tegas dan diktator. Sebagai contoh, perlu mengambil makanan tertentu setiap hari, makan dalam keadaan terlalu teratur juga dikategorikan dalam OCD.

3. Jarang keluar rumah

Penghidap OCD dilihat sukar untuk meninggalkan rumahnya dan hanya mahu kelihatan kemas serta bersih sepanjang masa. Mereka juga sentiasa akan pastikan susun atur perabot, barang perhiasan sentiasa berada di tempat sendiri.

4. Terlalu sempurna

Penyakit ini boleh menghalang seseorang itu daripada menjalani kehidupan yang normal. Mereka boleh menghabiskan masa berjam-jam hanya melakukan satu perkara. Ini kerana penghidap OCD ini mahukan sesuatu tugas atau kerja itu disiapkan dengan sempurna.

Gangguan Obsesif Kompulsif, OCD

Artikel Lain