suria

Jangan teruk amal diet! 7 hasil kajian menunjukkan golongan ini berisiko alami masalah kesunyian

Diet atau amalan menyekat pemakanan boleh membuatkan seseorang itu hidup terasing.

TAHUKAH anda diet yang tidak sihat boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan harian.

Lebih tepat, jika anda terlaku mengawal diet harian, banyak perkara berkaitan dengan makanan akan membuatkan seseorang itu berasa kesunyian.

Situasi ini telah dibuktikan melalui hasil tujuh kajian oleh Universiti Cornell, Amerika Syarikat yang mendapati sekatan terhadap pemakanan boleh mendatangkan beberapa risiko kurang baik terhadap tubuh dan hubungan sosial.

ATIKEL BEKAITAN: Anda mungkin tergolong dalam kategori OCD, kenali tanda-tanda awal

Antara kesan paling jelas yang ditemui adalah alahan, masalah kesihatan atau kepercayaan serta norma-norma sosial.

Turut ditemui termasuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berdepan dengan sekatan makanan mengalami masalah kesunyian.

"Selain kelihatan berbeza dengan individu lain, pengalaman sekatan terhadap pemakanan juga menyebabkan seseorang itu berasa tertinggal kerana mereka tidak bercampur ketika sesi makan," jelas Penolong Profesor Kaitlin Woolley.

Menurut indianexpress, kajian yang diterbitkan dalam di Journal of Personality and Social Psyshology menunjukkan bukti pertama bahawa sekatan pemakanan menyebabkan peningkatan kesunyian.

Jelas Wolley hubungan manusia dengan makanan adalah sangat penting kerana ia membentuk persekitaran dengan orang lain.

Sebagai contoh, makan dalam bentuk berkumpulan atau berkongsi makanan boleh memberi kesan positif kepada hubungan sosial.

Diet, sekat, makan, kesunyian

Artikel Lain