TELUR mata kerbau dimakan bersama nasi panas dan kicap barangkali adalah hidangan paling ringkas namun cukup menyelerakan. Tapi ada pula beranggapan tidak elok makan telur ayam terlalu kerap kerana kandungan kolestrolnya yang tinggi berbanding telur itik. Benarkah? Telur itik mengandungi air, protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral manakala 52.6 peratus terdiri daripada putih telur, 35.4 peratus kuning telur dan selebihnya adalah cengkerangnya. ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati, terlalu banyak minum air kosong boleh mudaratkan kesihatan Bagaimanapun telur itik lebih besar berbanding telur ayam, oleh itu kandungan nutrisinya juga berbeza. Dari segi saiz, telur itik lebih besar. Berbanding telur ayam atau puyuh, telur itik lebih kaya dengan mineral, vitamin B6, asid pantotenat, tiamin, vitamin A, E dan B12. Berikut adalah perbandingan beberapa kandungan gizi pada 100 gram telur ayam berbanding 100 gram telur itik. Kalsium (mg) - 53 berbanding 64 Zat besi (mg) - 1.83 berbanding 3.85 Magnesium (mg) - 12 berbanding 17 Vitamin B6 (mg) - 0.14 berbanding 0.25 Vitamin B12 (mg) - 1.29 berbanding 5.40 Vitamin E (mg) - 0.97 berbanding 1.34 Vitamin A (IU) - 487 berbanding 674 Telur itik baik untuk menurunkan berat badan serta menjaga sistem saraf badan. Manfaat telur itik untuk kesihatan Telur adalah salah satu sumber protein haiwan yang baik bagi tubuh manusia termasuk telur itik. Ini kerana setiap 100 gram, ia terkandung 12.81 gram protein. Selain itu, telur itik juga merupakan sumber makanan yang kaya dengan riboflavin, folat, zat besi, fosfor, vitamin B12 dan selenium yang mampu memberi manfaat seperti: 1. Menurunkan berat badan Jika anda sedang berdiet, telur itik amat sesuai dimasukkan dalam menu anda. Selain tinggi protein, ia juga rendah karbohidrat. 2. Membantu sistem saraf Kandungan kolin pada telur itik dapat membantu sel-sel saraf untuk bekerja dengan lebih aktif. 3. Menyihatkan sel darah merah Vitamin B12 yang ada dalam telur itik bagus untuk sintesis DNA dalam tubuh kita selain menyihatkan sel darah merah. Kekurangan vitamin B12 dapat menyebabkan anda mudah sakit kepala, keseimbangan badan terjejas selain cepat penat. 4. Baik untuk wanita mengandung Bagi wanita mengandung baik untuk mengamalkan makan telur itik kerana kandungan selenium di dalamnya dapat menormalkan metabolisme hormon dan memperbaiki DNA yang rosak selepas bersalin. Meskipun khasiat telur itik cukup banyak namun harus diingat pengambilannya biarlah berpada-pada kerana seperti telur ayam, kolestrolnya juga tinggi. Dalam 100 gram telur itik mengandungi 884 miligram kolestrol atau dua kali ganda berbanding telur ayam iaitu 423 miligram.