suria

Awas! Ketahui kesan diet Keto yang sangat tinggi lemak, rendah karbohidrat

Diet Keto menjadi pilihan individu yang ingin turunkan berat badan.

TERDAPAT pelbagai jenis diet untuk diikuti, namun pastikan amalannya tidak menjejaskan kesihatan.

Tidak ada gunanya jika seseorang itu mengamalkan diet hingga ia memberi kesan sampingan kepada diri sendiri. Tahun lalu, diet Keto sering diperkatakan malah mendapat sambutan dalam kalangan individu yang mahu menurunkan berat badan.

Diet Keto merupakan diet yang sangat rendah karbohidrat dan sangat tinggi dengan lemak, manakala kadar protein pula di tahap sederhana.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan teruk amal diet! 7 hasil kajian menunjukkan golongan ini berisiko alami masalah kesunyian

Tetapi awas ya, kepada semua pengamal diet Keto. Pakar kesihatan mendakwa diet ini sebenarnya tidak elok untuk diamalkan.

Antara contoh snek (kek cawan mentega kacang) yang boleh dimakan dalam pelan diet Keto.

Memang terbukti bahawa diet Keto sangat efektif dalam menurunkan berat badan dan mengubah transisi kepada Ketosis dengan pembakaran lemak untuk dijadikan tenaga berbanding gula.

Namun laporan daripada US News dan World Report mendapati diet Ketogonik mempunyai pelan tinggi lemak dan rendah karbohidrat ini didapati tidak sihat untuk diamalkan.

Laporan juga mendedahkan pelan diet Keto berada pada kedudukan paling rendah berdasarkan tujuh kategori yang terdiri daripada kesempurnaan pemakanan,diet mudah, potensi penurunan berat badan yang panjang dan jangka pendek, keselamatan dan kemungkinan ada kesan sampingan, serta berpotensi untuk membantu mencegah penyakit seperti sakit jantung dan diabetes.

Diet Keto didapati kurang baik sebagai sebahagian daripada kategori diet yang sihat kerana bergantung pada lemak tepu seperti mentega dan daging merah yang dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.

Bagaimanapun, dinamakan diet yang paling berkesan dan baik untuk diamalkan adalah diet Mediterranean. Ia melibatkan makanan laut, kacang, bijirin dan roti gandum. - Indianexpress

Diet Keto, Jantung, Kedudukan, Tercorot

Artikel Lain