PANTANG nampak perkataan 'diet' pada pakej makanan atau minuman, pasti otak secara automatik akan berfikir ianya sesuatu yang sihat dan boleh menurunkan berat badan. Umumnya, soda diet dianggap sebagai minuman alternatif kepada minuman berkarbonat yang lain. Secara jelas, sehingga kini tidak ada mana-mana kajian yang mengesahkan bahawa soda diet boleh menurunkan berat badan. ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tertipu! 10 makanan ini nampak 'sihat', tapi sebenarnya pemusnah diet anda Sebaliknya, kajian menemui jawapan bertentangan bahawa soda diet tidak membantu seseorang itu menurunkan kadar gula dan kalori dalam badan. Lebih serius lagi ia boleh memberi kesan kepada kesihatan, termasuk menyebabkan kencing manis, masalah hati, demensia, sakit jantung dan strok. Soda diet tidak beri kesan kepada penurunan kandungan gula dan kalori dalam badan. Apa itu soda diet? Soda diet merupakan campuran dengan air berkarbonat, bahan tiruan, perasa minuman dan lain-lain bahan. Pakar Diet Pemakanan, Dr Divya Sharma dari Hospital Motherhood di India berkata, ia sebenarnya mempunyai tahap sangat kurang hingga tidak ada kalori dan tiada kandungan nutrisi. Selain itu, Dr Samrat Shah dari Hospital Bhatia Mumbai, memberitahu: "Walaupun ia tidak mengandungi gula, soda diet sebenarnya manis dengan bahan tiruan seperti aspartam dan sakarin. Ia juga mengandungi sejumlah kafien yang didapati dalam minuman ini." Dr Shah juga menambah, penemuan bukti hasil daripada analisis mendapati soda diet boleh menyebabkan masalah jantung seperti serangan jantung serta darah tinggi dan masalah kegemukan. Manakala Dr Sharma pula mendedahkan, wanita mengandung yang mengambil minuman soda diet ini boleh memberi risiko obesiti kepada anak dalam kandungannya. - Indianexpress.com