SAYUR-SAYURAN dan buah-buahan adalah makanan yang perlu menjadi keutamaan dalam proses menurunkan berat badan. Seperti buah, ia mengandungi banyak gizi dan mineral yang bukan sahaja membantu menurunkan berat badan tetapi juga mencegah penyakit. Strawberi adalah salah satunya - Tidak hanya tinggi anti oksidan dan enzim anti radang, buah itu juga kaya dengan serat serta mampu membantu melancarkan sistem pencernaan. ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui rahsia ‘besar’ cili hijau Berikut adalah lima manfaat strawberi yang mungkin tidak anda ketahui; Amalan makan strawberi mampu membantu sistem pencernaan. 1. Melancarkan proses pencernaan Strawberi tinggi dengan serat sehingga ia mampu melancarkan sistem pencernaan. Pengambilan semanguk strawberi setiap hari juga dapat membantu mengurangkan lemak di perut. Serat yang terdapat dalam buah itu juga boleh membuat kita berasa kenyang selain mengurangkan rasa mengidam untuk mengambil makanan atau minuman bergula. 2. Membantu menurunkan berat badan Bagi yang sedang berdiet, strawberi meningkatkan penghasilan dua hormon penting iaitu adiponektin dan leptin. Kedua-dua hormon ini membantu membakar lemak serta meningkatkan metabolisme tubuh. Strawberi rendah kalori dan sesuai untuk yang sedang berdiet. 3. Rendah kalori Seratus gram strawberi hanya mengandungi sekitar 33 kalori dan sebab itu ia menjadi buah kegemaran bagi orang yang sedang berdiet. 4. Memperbaiki otot Kandungan anti peradangan dalam strawberi boleh membantu mempercepatkan proses pemulihan otot selepas melakukan senaman berat. 5. Pemanis semulajadi Strawberi merupakan pemanis semulajadi dan boleh dijadikan sebagai pengganti gula seperti mencampurkan di dalam yogurt atau sebagai smoothie.