PENULARAN virus corona yang semakin membimbangkan membuatkan ramai berwaspada bagi memastikan diri terhindar daripada jangkitan itu. Selain memakai topeng muka serta mengelak daripada melawat tempat-tempat terbuka yang ramai orang, kita juga disarankan untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh yang mampu menghalang pelbagai virus penyakit. ARTIKEL BERKAITAN: WHO isytihar wabak koronavirus darurat kesihatan global Berikut adalah makanan yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh bagi mencegah penyebaran virus. 1. Sitrus Limau kaya dengan vitamin C yang dapat membantu meningkatkan imunisasi tubuh, malah ia mampu meningkatkan penghasilan sel darah putih yang berperanan melawan penyakit. Keluarga limau, antara buah-buahan yang kaya dengan vitamin c seperti lemon, limau nipis, limau kasturi dan sebagainya. 2. Brokoli Brokoli merupakan sayur yang kaya dengan vitamin A, C, dan E, mineral serta antioksidan yang mampu melawan penyakit. Kandungan antioksidan dapat mencegah proses pembebasan virus kepada organ tubuh dan membantu menjadikan badan lebih kuat. 3. Bawang putih Bawang putih adalah agen meningkatkan sistem kekebalan tubuh kerana mengandungi sulfur yang berguna untuk imunisasi tubuh. Ia juga dapat menurunkan tekanan darah dan melambatkan pengerasan pembuluh darah. Jadi sebaik-baiknya banyakkan makan bawang putih. 4. Halia Banyak manfaat halia termasuk menurunkan risiko penyakit kronik serta kolestrol. Bagi mendapat khasiatnya, sebaiknya minum air rebusannya atau jadikan ulam. 5. Ikan berlemak Kelompok ikan berlemak seperti salmon, tuna dan sardin kaya dengan asid lemak omega-3 yang baik untuk tubuh melawan pelbagai penyakit.