suria

4 Februari... Sama-sama kita ambil tahu, apa itu kanser?

Terdapat pembagai jenis kanser yang dihidapi manusia tanpa mengira usia atau jantina.

'I Am and I Will', demikian tema yang menjadi pilihan sempena Hari Kanser Sedunia 2020 untuk tahun kedua. 

Tema "Saya Akan dan Saya Boleh" ini akan digunapakai sempena kempen yang dirangka selama tiga tahun sehingga 2021.

Kempen tiga tahun yang kini di pertengahan jalan terus dilaksanakan ke arah memperkasa komitmen setiap individu yang bertindak di masa ini untuk manfaat di masa depan.

ARTIKEL BERKAITANAwas! Obesiti boleh sebabkan kanser

Maklumat terperinci mengenai kempen ini diketengahkan menerusi laman web khusus worldcancerday.org untuk kefahaman umum.

Sememangnya diketahui penyakit kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia yang menyumbang kepada 8.8 juta kematian pada 2015.

Di Malaysia pula, kanser merupakan salah satu penyebab utama kematian di hospital kerajaan dan swasta.

Sehubungan itu, penting bagi masyarakat mempunyai kesedaran mengenai penyakit ini untuk sama-sama memberi sokongan moral kepada penghidapnya dan menjalani kehidupan sihat untuk mengelak terkena penyakit yang boleh membawa maut itu.

Seluruh dunia menyambut Hari Kanser Sedunia pada 4 Feruari setiap tahun.

Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.

Kanser terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain.

Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baharu boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis.

Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor.

Ini seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

Doktor menyediakan ubatan sebelum menjalani rawatan kanser.

Rawatan kanser

Rawatan kanser bergantung kepada jenis barah, bahagian anggota tubuh yang dihidapi barah dan juga sekiranya ia telah merebak.

Malah faktor jenis rawatan barah juga dipengaruhi oleh usia pesakit.

Kebanyakan barah dirawat secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi.

Satu atau lebih cara mungkin digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi barah.

Apa itu kemoterapi?

Kemoterapi adalah ubat-ubat yang digunakan untuk merawat barah dengan cara membunuh sel barah.

Ubat kemoterapi ini berfungsi dengan cara menghalang sel barah daripada terus membahagi dan bertambah.

Sel barah tersebut akhirnya rosak dan mati.

Memandangkan ubat tersebut disuntik ke dalam darah, ubat tersebut juga boleh membunuh sel barah di bahagian tubuh yang lain.

Pada kebanyakan keadaan, beberapa ubat kemoterapi diberikan serentak kepada pesakit. Hanya dalam kes-kes tertentu, sejenis ubat kemoterapi sahaja yang digunakan dalam rawatan.

Pesakit kanser menjalani rawatan.

Mengapa rawatan kemoterapi diberikan?

Tujuan rawatan kemoterapi adalah untuk menyembuhkan, mengawal penyakit barah atau mengurangkan gejala penyakit barah.

Tempoh rawatan dan kekerapan rawatan adalah bergantung kepada jenis barah dan ubat yang digunakan. Secara amnya, rawatan kemoterapi diberikan dalam tempoh enam hingga 12 bulan walaupun adakalanya ianya boleh diberikan dalam tempoh yang lebih singkat atau lebih panjang.

Individu adalah digalakkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat mengenai perubahan dalam pelan rawatan. Doktor yang merawat pesakit barah akan sentiasa melakukan pemeriksaan bagi memastikan tindakbalas barah terhadap rawatan kemoterapi.

Bagi tujuan ini, pesakit diperlukan untuk menjalani ujian darah, sinar-X dan ujian imbasan. Hasil daripada ujian-ujian ini akan menunjukkan tahap tindakbalas barah terhadap rawatan kemoterapi.

Kadangkala pelan rawatan perlu diubah berdasarkan keputusan ujian kerana ada masanya rawatan yang diberikan tidak memberi sebarang kesan seperti yang dikehendaki.

Sekiranya pesakit mendapat kesan sampingan seperti rasa loya, ubat penahan muntah akan dibekalkan.

Pesakit digalakkan untuk mengambil ubat penahan muntah sebelum mendapatkan rawatan kemoterapi yang berikutnya.

Pesakit kanser berdepan dengan masalah keguguran rambut selepas menjalani rawatan kimoterapi.

Masalah sampingan

Sesetengah pesakit mungkin menghadapi masalah seperti sembelit atau cirit-birit (setelah diberikan rawatan kemoterapi).

Keguguran rambut adalah disebabkan kesan sampingan sementara ubat pada rambut. Walaupun begitu tidak semua ubat kemoterapi menyebabkan keguguran rambut.

Tahap keguguran rambut adalah bergantung kepada individu dan jenis ubat yang diberikan. Rambut baru akan tumbuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas rawatan kemoterapi diberikan.

Kemoterapi boleh memberi kesan sementara atau kekal kepada kesuburan pesakit. Pesakit wanita mungkin menghadapi kitar haid yang tidak teratur atau putus haid tetapi keadaan ini hanyalah bersifat sementara.

Walaupun kebarangkalian untuk mengandung menurun berikutan rawatan kemoterapi, masih ada pesakit wanita yang hamil setelah tamat rawatan.Bagi pesakit lelaki, rawatan kemoterapi boleh mengurangkan jumlah penghasilan sperma.

Bilangan sperma dalam air mani boleh berkurang dalam jumlah yang sedikit atau dalam keadaan yang ekstrem – tiada penghasilan sperma. Kesan sampingan ini boleh bersifat sementara atau kekal.

Sesetengah pesakit membuat keputusan untuk menyimpan sperma sekiranya ia diperlukan untuk kegunaan persenyawaan luar rahim kelak.

Menurut kajian yang diterbitkan jurnal 'Malaysia Study on Cancer Survival' (MyScan) oleh Jabatan Registri Kanser Kebangsaan Institut Kanser Negara (IKN) peningkatan kematian dalam kalangan pesakit kanser di peringkat awal memberi impak kepada survival kanser yang lebih rendah.

Pakar Perunding Perubatan Kanan (Onkologi) dan Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Dr. Gerard Lim Chin Chye berkongsi (myhealth) mengenai apa yang lebih jelas mengenai kanser.

Kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan.

Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan.

Hari kanser Sedunia, 2020, 4 feb

Artikel Lain