suria

Koronavirus masih tiada vaksin... jangan ambil mudah, ketahui langkah penting elak dijangkiti

Sehingga kini vaksin untuk wabak koronavirus masih belum ditemui.

PADA 12 Januari lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan pernyataan berkenaan ancaman penularan wabak koronavirus yang baharu di daerah Wuhan, China.

Penularan wabak novel koronavirus ini yang bermula dari sebuah daerah di Wuhan dan kini merebak ke seluruh dunia.

Sebanyak 20,626 kes yang telah dikenal pasti di seluruh dunia, dengan jumlah kematian sebanyak 426 di China sahaja pada 4 Februari 2020.

ARTIKEL BERKAITAN:  KKM sahkan kes pertama warganegara Malaysia positif koronavirus

Manakala status terkini di Malaysia direkodkan seramai 10 orang disahkan positif wabak koronavirus ini.

Ia termasuk kes terbaharu yang dilaporkan pada 4 Februari 2020 melibatkan seorang lelaki berusia 41 tahun dari Selangor yang menjadi rakyat Malaysia pertama dijangkiti koronavirus (2019-nCoV) sekaligus menjadikan kes kedua terbaharu setakat ini.

Pakar Perubatan & Nefrologi, Gleneagles Hospital Penang Datuk Dr Chen Tse Peng, Pakar Perubatan & Nefrologi, Hospital Gleneagles Pulau Pinang berkongsi langkah dan beberapa tip berdepan dengan wabak ini.

Rakyat Malaysia yang berada di Wuhan selamat tiba di KLIA pada Selasa.

Sejauh mana tahap kritikal koronavirus di Malaysia?

Walau angka yang dinyatakan masih rendah, namun ia meningkat setiap hari dan itu cukup membuatkan kita risau.Tahap kritikal di Malaysia masih boleh dikatakan pada tahap pertama atau first wave.

Ini kerana ia hanya berpunca daripada pesakit yang baru pulang dari  Wuhan atau daerah yang berdekatan dengannya.

Bagaimanakah wabak koronavirus ini  boleh menyebabkan kematian?

Kadar mortaliti adalah 15%. Wabak koronovirus boleh menyebabkan kematian melalui masalah pneumonia atau dikenali sebagai Acute Respitory  Distress Syndrome (ARDS).

Wabak koronavirus ini menjadi lebih serius kerana jika seseorang pesakit itu misalnya, pesakit tua yang sedia ada mempunyai masalah hati atau komplikasi lain seperti masalah jantung, diabetes, dan lain-lain lagi yang lebih serius.

Bolehkah pesakit yang tidak mengalami atau menunjukkan sebarang simptom membawa kepada kematian? 

Segera dapatkan rawatan di hospital sekiranya ada simpton-simpton yang berlarutan.

Ia dipanggil silent infection. Ya, ini kerana sesetangah kes, pesakit masalah koronavirus ini tidak menunjukkan sebarang simptom seperti demam biasa dan demam selsema.

Tetapi sebenarnya virus itu sememangnya telah ada dalam dirinya, seperti tidak mengalami sakit kerana ada kontak secara langsung, telah dijangkiti oleh keluarga atau rakan sekerja yang baru pulang dari Wuhan, China, mempunyai keluarga atau orang terdekat yang bekerja di hospital yang mengendalikan pesakit koronavirus atau telah dijangkiti melalui penyebaran udara.

Segera dapatkan rawatan di hospital sekiranyanya simptom-simptom yang berlarutan.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan untuk mereka yang mempunyai kontak secara langsung dengan pesakit yang positif koronavirus?

Dapatkan rawatan di hospital kerajaan yang dinyatakan dalam garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan mereka pasti diasingkan agar tidak mendekati orang lain kerana positif atau tidak, mereka perlu diasingkan sementara menunggu keputusan ujian kesihatan mereka.

Langkah-langkah pencegahan yang wajar diamalkan:

*Tindakan pencegahan awal semestinya dengan pemakaian topeng muka. Topeng muka atau mask tiga lapis (surgical face mask) terutamanya bagi yang bekerja di hospital. Mereka adalah orang terdekat yang boleh dijangkiti wabak ini.

*Jangan melancong buat masa ini ke negara-negara yang mempunyai kes koronovirus ini, dan juga negara yang berdekatan dengannya.

*Jauhi tempat yang terlalu ramai orang.

*Cuba jauhkan diri atau kontak secara langsung dengan seseorang yang mengalami demam selsema.

*Amalkan cara-cara membasuh tangan dengan bersih.

*Sentiasa pantau suhu badan dan kelainan pada diri anda.

*Jaga kebersihan badan dan jauhi kawasan pelancongan.

*Ambil tahu dan baca tip pencegahan kesihatan seperti ini 

*Dapatkan rawatan lanjut dengan pantas, jangan lengah-lengahkan pemeriksaan kesihatan.

Koronavirus menyebabkan kematian semakin meningkat di Wuhan, China.

Pencegahan awal

Seseorang itu perlu melakukan ujian koronovirus di hospital kerajaan sahaja. Rujuk senarai hospital di laman web KKM.

Melihat kepada situasi terkini seperti isu influenza dan terbaru isu koronavirus, KKM telah melakukan yang terbaik dengan meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi wabak dengan meningkatkan saringan kesihatan.

Ini termasuk Influenza Like Illness (ILI) di pintu-pintu masuk antarabangsa seperti lapangan terbang dan pelabuhan selain pengesanan penyakit berjangkit dan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) di klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan dan swasta.

Langkah pencegahan dan keselamatan

Kanak-kanak dan warga dewasa semuanya berisiko untuk mendapat jangkitan wabak ini tetapi risikonya adalah kurang dalam kalangan kanak-kanak buat masa ini, ianya bergantung kepada faktor kesihatan pesakit itu sendiri.

Jangan menangguhkan pemeriksaan kesihatan sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti selsema atau demam berpanjangan, kesukaran bernafas dan batuk yang akan berpotensi menjurus kepada komplikasi lain yang lebih serius.

Keadaan boleh menjadi serius jika wabak koronavirus menyerang pesakit yang berumur 50 atau 60 tahun ke atas yang mempunyai komplikasi jantung, diabetes, hati atau lain-lain.

Buat masa sekarang, masih tiada vaksin untuk masalah ini. Penghasilan vaksin untuk menangani wabak koronovirus ini masih dalam kajian. 

Pusat Pemerhatian bagi sekumpulan rakyat Malaysia yang pulang dari Wuhan.

Tips untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil:

*Pakai topeng muka jika mengalami masalah batuk dan selsema.

*Jauhi haiwan seperti burung dan sebagainya dan juga jangan mengambil segala jenis daging yang tidak dimasak dengan sempurna. 

*Jauhi kawasan yang ramai orang, terutama tempat yang ramai pelancong dan elakkan bersentuhan dengan dengan mana-mana individu yang bergejala.

*Jauhkan anak anda dengan kanak-kanak lain yang kurang sihat atau sudah menunjukkan tanda-tanda demam selsema. 

*Jaga kebersihan diri dan keluarga

*Gunakan sabun selepas ke tandas. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau

*Menggunakan hand sanitizer.

*Pastikan tangan anda bersih setiap masa dan sediakan pakaian dan makanan yang bersih untuk keluarga anda. 

*Tutup mulut ketika batuk dengan tisu atau kain bersih dan pastikan basuh tangan dahulu gunakan sanitizer sebelum memegang anak atau mula memasak. 

*Dapatkan rawatan segera dan jangan lengah-lengahkan pemeriksaan kesihatan ibu, bapa dan anak-anak.

Koronavirus, Wabak, Vaksin, Tips

Artikel Lain