CUBA tanya kepada diri sendiri bila kali terakhir anda berjumpa doktor gigi? Rasanya ramai daripada kita menganggap ia bukan satu keperluan selagi tiada masalah yang berlaku. Ramai yang 'kecut perut' berjumpa doktor gigi kerana persepsi atau pengalaman menggerunkan sebelum ini membuatkan mereka lebih rela menahan sakit daripada mendapatkan rawatan. ARTIKEL BERKAITAN: Kerap gosok gigi dapat kurangkan risiko serangan strok Presepsi dan tanggapan itu sepatutnya diubah kerana menurut Dr. Mike Lim daripada Blanc Dental Clinic, seseorang perlu membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Kata Dr. Mike, menerusi pemeriksaan berkala itu, doktor dapat mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin tidak disedari seperti gigi berlubang atau masalah gusi. Dr. Mike memberitahu ramai yang takut berjumpa doktor gigi dan hanya datang ke klinik apabila gigi sudah bermasalah. "Ramai yang rasa tidak perlu berjumpa doktor gigi dan cukup sekadar memberus gigi setiap hari. Jika terdapat masalah baru ke klinik. "Tapi sebenarnya menggosok gigi sahaja tidak cukup kerana berus gigi tidak dapat menembusi segenap ruang dalam mulut. Tanpa di sedari bakteria akan berkumpul dalam mulut menyebabkan gigi berlubang termasuk pertumbuhan karang," katanya ketika ditemui mStar baru-baru ini. Selain pemeriksaan gigi, Dr. Mike berkata, proses scaling atau cuci gigi juga amat penting dilakukan bagi membuang karang gigi serta bakteria terkumpul di dalam mulut. Tambahnya, proses scaling gigi amat penting dilakukan kerana air liur, bakteria dan protein dari mulut akan membentuk karang gigi atau plak. Ini kerana katanya, bakteria yang hidup pada karang gigi boleh menyebabkan penyakit gusi dan kerosakan gigi jika dibiarkan untuk tempoh lama. Dr. Mike memberitahu penting untuk seseorang melakukan pemeriksaan gigi serta rawatan scaling bagi membersihkan karang dan plak pada gigi. Dr. Mike memberitahu terdapat beberapa kebaikan melakukan rawatan scaling termasuklah; 1. Membersihkan partikel makanan Meskipun kita menggosok gigi beberapa kali sehari namun sisa makanan masih boleh melekat di celah gigi dan sukar dibersihkan menggunakan berus gigi. Cuci gigi dapat membantu membersihkan kotoran degil ini yang sukar dicapai dengan berus gigi sekaligus mengelakkan pertumbuhan karang gigi. 2. Membersihkan karang gigi Karang gigi adalah masalah biasa dialami oleh kebanyakan orang terutamanya pada bahagian belakang gigi. Pertumbuhan plak ini disebabkan oleh campuran baki sisa makanan yang tidak dibersihkan dan air liur sehingga menyebabkan ia mengeras dan melekat pada gigi. Rawatan cuci gigi dapat membantu mengikis semua kotoran dan karang gigi. Jangan bimbang ia tidak berasa sakit! 3. Menghindari penyakit gusi Mungkin ada rasa ia tiada kaitan tapi sebenarnya karang gigi boleh menyebabkan penyakit gusi seperti berdarah dan bengkak. 4. Mengelak perubahan warna gigi Ia bukan memutihkan tetapi apabila karang dibersihkan ia dapat membantu mencegah perubahan warna gigi. Jika rawatan tidak dilakukan, gigi bukan sahaja cepat rosak tetapi warna gigi juga menjadi kuning. Rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort diperkenalkan Dr. Mike kepada pesakit untuk melakukan rawatan scaling. Menyedari ketakutan masyarakat yang menyangka rawatan itu menyakitkan, Dr. Mike memberitahu di kliniknya telah memperkenalkan rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort (ASUC) iaitu teknologi revolusi pembersihan gigi yang efektif dan berkesan berbanding kaedah biasa. "Biasanya, scaling melibatkan proses mencuci dan menggilap gigi menggunakan peralatan tangan dan alat ultrasonik untuk mengikis plak dan kalkulus yang terbentuk pada gigi. "Kaedah ini menyakitkan dan tidak selesa kepada pesakit serta boleh menyebabkan kerosakan pada gigi dan tisu lembut dalam mulut. Pengalaman ini yang membuatkan ramai takut untuk mengulanginya. Atas sebab itu kita tampil dengan rawatan terbaharu ini bagi memastikan pesakit berasa selesa serta mendapat pengalaman seperti ke spa!," katanya. Cerita Dr. Mike, menariknya mengenai rawatan itu ia menggabungkan penggunaan Airflow Prophylaxis Master (inovasi terkini yang terdapat dalam industri pergigian), pelindung mulut OptraGate dan berus gigi Curaprox berdasarkan protokol yang terbukti secara saintifik. Paling penting kata Dr. Mike, rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort terdapat beberapa kebaikan termasuklah tidak menyakitkan, mencerahkan warna gigi, bersih dan jangka masa rawatan yang pendek. Langkah-langkah yang dilakukan ketika melakukan rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort. Bagi memastikan pesakit mendapat rawatan menyeluruh, proses scaling itu turut dilakukan dalam sembilan peringkat iaitu; 1. Pemeriksaan gigi, gusi dan tisu lembut pada rongga mulut sebelum rawatan bermula. 2. Pemakaian OptraGate Mouth Relaxer untuk pembukaan mulut selesa. 3. Biofilm pada gigi menggunakan pewarna bagi mendedahkan plak. 4. Pendidikan kebersihan mulut menggunakan berus gigi Curaprox. 5. Rawatan Airflow plus dan serbuk klasik bagi membuang biofilm, kotoran dan kalkulus pada gigi. 6. Rawatan Piezon No Pain Scaling bagi membuang lebihan kalkukus dan plak. 7. Semakan semula bagi memastikan gigi dan gusi bersih tanpa sebarang masalah. 8. Rawatan pemutihan BlancOne Click selama 10 minit untuk menjadikan warna gigi lebih cerah. 9. Terapi gel fluorida untuk memberi perlindungan maksimum kepada gigi untuk pesakit dengan risiko tinggi atau mengalami masalah gigi sensitif.