WABAK koronavirus atau Covid-19 dilabelkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu wabak yang tersebar begitu meluas. Orang ramai sentiasa diingatkan supaya menjaga kebersihan diri, terutamanya mencuci tangan meggunakan 'hand sanitizer' setiap 20 minit bagi menghindari kuman atau kotoran terlekat di tangan. ARTIKEL BERKAITAN: Serangan besar Covid-19 bunuh sistem dalaman manusia ARTIKEL BERKAITAN: Tiang dan pemegang dalam pengangkutan awam paling banyak kuman, jom semak tip elak cegah jangkitan Namun tahukah anda, dalam kita terlalu fokus menjaga kebersihan diri, kadang-kadang terlupa bahawa barangan peribadi, peralatan atau persekitaran rumah juga perlu diberi perhatian. Pembersihan di persekitran rumah perlu diberi perhatian. Kita percaya bahawa virus Covid-19 menyerang sistem pernafasan namun sebenarnya ia boleh singgah di permukaan untuk tempoh beberapa jam. Dan sebab itulah penting bagi kita semua untuk sentiasa membersih, mengelap atau mencuci setiap persekitaran tempat tinggal. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, terdapat beberapa cadangan pembersihan dan pembasmian kuman isi rumah yang disyaki terkena wabak ini atau positif Covid-19. Pembersih vs pembasmi kuman Pembersihan merujuk kepada membersih permukaan kuman atau kotoran (guna sabun), manakala pembasmian kuman merujuk kepada penggunaan bahan kimia untuk membunuhnya. Permukaan yang sentiada disentuh juga perlu dibersihkan secara kepada bagi mengelak sebarang kuman berkumpul. Ia biasanya dilakukan selepas sesi pembersihan, dan dapat mengurangkan risiko jangkitan penyebaran wabak. Permukaan yang perlu dibersih Rutin pembersihan perlu dilakukan terhadap tempat yang sentiasa di sentuh seperti meja, kerusi, tombol pintu, suis, almari, pili air, sinki, papan kekunci. Jangan lupa juga, memakai glove atau sarung tangan getah untuk menyentuh pakaian kotor sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Jika tidak memakai satung tangan, elakkan tangan anda menyentuh muka dan pastikan tangan anda terus dibersihkan.