suria

Covid-19: Bahaya pegang wajah sendiri... Ini 5 tip kawal tabiat tanpa disedari ini

Tabiat memegang wajah perlu dihentikan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan virus tanpa disedari. - Gambar Sekadar Hiasan

UMUM mengetahui virus Covid-19 boleh masuk ke dalam tubuh melalui tiga 'gerbang utama' iaitu hidung, mulut dan mata. Disebabkan itu juga, doktor menyarankan agar kita jangan memegang wajah menggunakan tangan.

Tapi masalahnya, kita cenderung memegang wajah lebih 16 kali dalam tempoh sejam dan ramai daripada kita tidak menyedari perbuatan itu.

Pentingnya untuk kita tidak memegang wajah kerana mekanisme penularan wabak ini boleh berlaku jika kita menyentuh permukaan atau benda yang mempunyai virus itu secara tidak sengaja dengan tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP bermakna duduk rumah, tapi jangan makan ikut sedap mulut... elak undang pelbagai penyakit

Apabila kita menyentuh muka virus itu boleh berpindah. Selain itu, seseorang itu boleh dijangkiti menerusi penyebaran titisan virus (droplet) daripada penghidapnya.

Sebab itu, penting untuk kita memakai topeng muka bagi melindungi diri sendiri serta orang sekeliling sekiranya kita tidak sedar virus itu sudah menular dalam badan kita.

Menurut pakar psikologi, tabiat menyentuh wajah boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu;

Nota peringatan boleh membantu daripada memegang muka. 

1. Tindakan refleks yang boleh dibendung

Pakar psikologi dari Northwestern Medicine Huntley Hospital Amerika Syarikat memberitahu, memegang wajah sebenarnya adalah tindakan refleks tanpa kita sedari.

Jika kita tersedar akan perkara itu, sebaik-baiknya terus batalkan niat untuk memegang wajah.

2. Nota peringatan

Ia mungkin kedengaran melucukan tetapi menulis nota peringatan dan menampal di tempat mudah dilihat boleh membantu anda mengelak memegang wajah.

Secara psikologinya, apabila anda dapat lihat nota peringatan itu disegenap sudut, lama-kelamaan anda akan mengingatinya.

'Sibukkan' tangan anda dengan pelbagai perkara pada satu masa boleh mengelakkan tabiat menyentuh muka. 

3. Sibukkan tangan anda

Buatkan tangan anda sibuk daripada kebiasaannya seperti ketika sedang menonton anda boleh lakukan perkara lain seperti melipat baju atau memegang alat kawalan televisyen di tangan.

4. Ketahui punca ada suka pegang wajah

Mereka yang suka menyentuh wajah mesti ada alasan tertentu seperti berasa gatal, gosok mata, gesel hidung, bermain janggut dan sebagainya.

Jika tahu apa puncanya anda suka pegang wajah sendiri, ia dapat membantu mengelakkan daripada tabiat itu berterusan.

Sarung tangan juga boleh membantu melindungi anda. 

5. Guna sarung tangan

Bagi sesetengah orang, memegang wajah sendiri sudah menjadi tabiat yang sukar diubah. Jadi, gunakan sarung tangan yang bersih.

Ia bukan sahaja melindungi wajah daripada kuman dan virus tetapi ia akan menjadi peringatan kepada anda untuk tidak memegang wajah sendiri.

Apa juga alasan anda, amalkan mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap selain hand sanitizer jika berada di luar rumah.

Covid-19, Wajah, Sarung Tangan

Artikel Lain