suria

PKP: Betul ke pihak berkuasa masih berlembut? Warganet buat undian, setuju tindakan lebih keras

Undian yang dilakukan oleh MKN mengenai tindakan tegas sepanjang PKP ini.

PELBAGAI bentuk pesanan diuar-uarkan supaya orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Sepanjang dua minggu pertama masih ramai lagi yang berdegil keluar rumah rumah tanpa alasan munasabah.

Dipesan dengan intonasi lembut, sudah. Intonasi berbunyi amaran pun sudah! Namun masih ramai lagi yang ditahan oleh pihak berkuasa kerana melanggar arahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jika terus berdegil ingkar PKP, kita mungkin terpaksa hadapi 3 situasi ini... Sanggupkah anda?

Jadi Fasa Kedua PKP ini dijalankan dengan lebih 'keras' lagi bagi memastikan rakyat Malaysia mematuhi arahan yang dikuatkuasa dalam usaha memutuskan wabak Covid-19.

Sejak 18 Mac lalu, lebih 4,000 inidividu telah ditahan dalam sekatan jalan raya serta rondaan yang dilakukan PDRM dan pihak tentera.

Sebanyak 687 sekatan jalan raya dijalankan sehingga 2 April membabitkan pemeriksaan 380, 342 buah kenderaan (sumber Majlis Keselamatan Negara ).

Polis dan tentera mengadakan sekatan jalan raya.

Tidak ada lagi laungan speaker oleh anggota polis atau pihak berkuasa kepada individu yang masih degil seperti melepak, berkumpul atau keluar tanpa alasan.

Sebaliknya, tindakan lain dilakukan dan jangan salahkan anggota keselamatan ini jika berlaku kepada diri anda, keluarga atau sesiapa sahaja kerana amaran sudah diberi.

Warga media sosial juga bersetuju jika pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang degil ini malah mengalu-alukan anggota polis melakukan kekerasan (tidak keterlaluan) sebagai pengajaran.

Salah seorang pengguna Twitter menulis: “Setuju sangat. Pukul sahaja mereka yang langsung degil dan penting diri!.”

Malah ada juga yang menyarankan pihak berkuasa memukul individu degil seperti yang dilakukan di India.

Salah satu tanda amaran daripada penduduk kampung yang prihatin dalam tempoh PKP ini.

“Kita terlalu berlembut. Sebab tu mereka degil lepak sana sini. Bantai jerlah.”

Malah MKN turut membuat undian di Telegram rasminya dalam mendapatkan maklum balas daripada orang ramai.

Sebanyak 96 peratus bersetuju untuk pihak berkuasa melaksanakan PKP 2 secara lebih tegas.

Manakala sebanyak 4 peratus tidak bersetuju.

Ini bermakna, majori rakyat Malaysia juga sudah naik geram dengan mereka yang keras kepala ini melanggar arahan PKP dan dianggap pentingkan diri.


PKP 2, Tindakan Tegas, Undian, MKN

Artikel Lain