suria

PKP disambung, anda pula gemar mengunyah tak kira waktu... ikut cara betul elak tabiat makan memudaratkan kesihatan

Apabila bosan duduk di rumah 'mangsa' utama adalah peti ais! Ini kerana ebosanan seringkali mengundang tabiat mengunyah.

TIPULAH andai kata anda gembira selepas hampir sebulan hanya berkurung di rumah. Apa yang pasti rutin harian anda sudah bertukar 360 darjah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakasanakan 18 Mac lalu.

Apabila bosan duduk di rumah 'mangsa' utama adalah peti ais! Ini kerana kebosanan seringkali mengundang tabiat mengunyah.

Dalam tempoh ini juga, mi segera dan makanan dalam tin sering kehabisan di pasar raya. Ini menunjukkan, apabila ada sesuatu kecemasan, pengguna memilih makanan diproses seolah-olah itu sahaja pilihan yang ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Anda perlu bijak hadapi tempoh PKP... elak gangguan mental

Tetapi sebaliknya, anda boleh mengamalkan pemakanan yang sihat walaupun dalam tempoh PKP. Segalanya terpulang kepada sikap dan fikiran anda sama ada untuk memilih yang terbaik, lebih-lebih lagi sejak Malaysia dilanda Covid-19.

Sepatutnya waktu inilah pemakanan harus dijaga dengan lebih teliti demi kesihatan tubuh badan.

Pakar pemakanan dan diet dari Hospital Columbia Asia Petaling Jaya, Nurullatifah Fauzan, memberi beberapa tip dan cadangan untuk makan secara sihat di rumah.

Sarapan pagi penting bagi membekalkan tenaga sepanjang hari. 

Atur jadual waktu makan

Makan setiap masa adalah suatu tabiat buruk sebaliknya cuba makan hidangan dalam kuantiti kecil tetapi kerap untuk mengawal nafsu lapar. 

Cadangan jadual pemakanan:

Sarapan : 7 pagi – 8 pagi

Minum pagi : 10 pagi

Makan tengahari : 12 tengahari – 1 tengahari

Minum petang : 4 petang – 5 petang

Makan malam : 7 petang – 8.30 malam

Sekiranya anda kerap berasa lapar, cuba minum air putih dahulu dan makan sedikit-sedikit dengan jarak waktu berdekatan. Jangan pula anda ‘skip’ waktu makan yang disebut  kerana akan mendatangkan lapar mendadak.

Kekacang mengandungi serat tinggi dan membuatkan anda kenyang lebih lama.

Pilih makanan yang mengandungi serat yang tinggi

Jika inginkan makanan ringan, pilih snek berprotein kerana ia mengambil lebih masa untuk hadam. Ini akan menjadikan anda berasa kenyang lebih lama.

Contoh snek yang sihat ialah sepotong buah, kekacang seperti badam dan gajus yang tidak bersalut perisa tambahan, yogurt rendah lemak tanpa perisa tambahan serta sandwich roti ‘wholemeal’.

Suku-suku separuh

Amalkan konsep Suku Suku Separuh untuk makan tengahari dan makan malam. Pastikan separuh dari hidangan tersebut terdiri dari sayur dan buah-buahan.

Meskipun berkalori rendah, ia meningkatkan kandungan serat, lantas anda akan berasa kenyang.

Jauhi makanan segera!

Elakkan makanan yang diproses

Makanan yang diproses seperti makanan dalam tin dan mi segera mengandungi bahan pengawet dan kandungan sodium yang tinggi. Ada kemungkinan ia berkalori tinggi serta mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi.

Sekalipun dalam keadaan kecemasan seperti PKP, jangan terlalu bergantung kepada makanan yang diproses.

Ini boleh mendatangkan kemudaratan di kemudian hari, contohnya kenaikan berat badan yang boleh membawa kepada penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi, diabetes dan kolesterol tinggi.

Tingkatkan sistem imun anda

Di kala kita dilanda Covid-19 ini, sistem imun dalam badan mesti dipertingkatkan. Memakan makanan yang tinggi kandungan vitamin dan antioksida boleh memperkuatkan sistem imun ini.

Sayur-sayuran dan buah-buahan baik untuk kesihatan.

Pilih makanan semula jadi

Makanan yang beraneka warna (semula jadi) mengandungi plebagai jenis vitamin dan antioksida. Contohnya, lobak merah, kobis hijau, kobis ungu, sayuran hijau, cendawan, kapsikum (merah, hijau,kuning), terung, timun, tomato dan pelbagai buah-buahan.

Terdapat jenis-jenis sayur yang boleh disimpan lama dan ada juga jenis yang harus dimasak dalam lingkungan satu atau dua hari.

Sayur dan buah sedia-beku yang dijual di pasar raya, sama kandungan nutrisinya dengan sayur dan buah yang segar.

Jadi sekiranya anda risau tentang tarikh luput, anda boleh memilih sayur dan buah yang disedia-bekukan.

Senaman bersama anak-anak boleh dijadikan sebagai aktiviti keluarga.

Alih perhatian anda daripada makanan

Rancanglah aktiviti sihat dan bersenam di dalam rumah bersama keluarga. Biarkan waktu PKP ini mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Anda tidak perlu makan setiap masa. Jauhkan dari bersendirian kerana pasti anda akan teringat tentang makanan.

Di zaman teknologi masakini, anda boleh berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan melalui internet tetapi elakkan dari melayari gambar makanan!

Pilih Makanan, PKP, Sihat

Artikel Lain