KERAJAAN mungkin memberi kelonggaran aktiviti ziarah seramai 20 orang melibatkan ahli keluarga terdekat bersempena Aidilfitri tidak lama lagi tetapi kita disarankan untuk mengelak daripada menerima tetamu. Ia sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada penularan wabak Covid-19 pada musim perayaan kali ini. ARTIKEL BERKAITAN: Tak balik kampung bukan bererti raya tak meriah! Ini 5 cara elak diri berendam air mata di pagi Syawal Namun, bagaimana sekiranya keluarga atau rakan-rakan yang tetap berdegil dan ingin berkunjung ke rumah anda? Apakah cara menolak secara baik agar tidak menyinggung perasaan mereka? Tahun ini kita kena lupakan aktiviti kunjung mengunjung. Baru-baru ini, tular sebuah rumah meletakkan sepanduk di pintu pagar yang memberi pesanan mereka tidak menerima tetamu pada hari raya. Mesej itu jelas dan mudah difahami serta boleh dilihat dari jauh. Dalam menangani hal ini, ketegasan dan kejujuran kita menjadi kunci utama. Tambahan pula, semua sedia maklum dengan situasi semasa termasuk kita digalakkan untuk duduk di rumah sekiranya tiada sebarang urusan di luar. Sementara itu, terdapat beberapa cara lain juga boleh dilakukan bagi menolak kunjungan keluarga atau rakan pada Aidilfitri nanti, termasuklah; 1. Hubungi keluarga, rakan Beberapa hari sebelum Syawal, apa kata luangkan masa untuk menghubungi keluarga atau teman-teman untuk mengucapkan selamat hari raya selain memberitahu mengenai keputusan anda untuk tidak menerima tetamu di rumah. 2. Media sosial Rata-rata keluarga dan kenalan adalah rakan di media sosial anda. Membuat status mengenai keputusan menutup pintu pada hari raya boleh memberi mesej jelas kepada mereka. Berkongsi artikel mengenai bahaya ziarah dan kesannya boleh dilakukan sebagai peringatan kepada orang lain yang mungkin terlupa mengenainya. 3. Kirim hadiah Sebagai tanda pengganti diri - apa kata hantarkan bungkusan makanan atau hadiah kepada keluarga sebagai tanda ingatan anda kepada mereka. 4. Salam jarak jauh Jika masih ada yang berdegil hendak berkunjung ke rumah anda - lakukanlah salam jarak jauh dan pastikan anda mengamalkan jarak dan kebersihan. Jika perlu berbual dari luar pagar, buatlah. Pada ketika ini, sikap pentingkan diri bukan sahaja menyelamatkan diri sendiri tetapi orang sekeliling anda. Tepuk dada, tanya iman. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!