PENULARAN wabak Covid-19 yang sedang berleluasa di seluruh dunia ketika ini membuatkan ramai daripada kita lebih peka terhadap penjagaan kesihatan sebagai langkah pencegahan daripada terkena jangkitan virus itu. Atas sebab itu, kerajaan menyarankan agar kita memakai topeng muka, mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer serta melalukan penjarakan sosial bagi memutuskan rantaian wabak itu. ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa mendapat jolokan 'Raja Antioksidan'? Ketahui kesan pengambilan sumber semula jadi ini kepada kesihatan anda! Menerusi kaedah kesihatan awam yang digariskan, sistem imunisasi setiap individu itu dapat dipelihara dan menurut Pakar Pemakanan Optixanthin, Audrey Chin, ia sebenarnya terdiri daripada sekumpulan sel, jaringan dan organ dalam tubuh yang bekerjasama melindungi tubuh daripada sebarang serangan virus, bakteria dan kuman. Perbandingan 'superfood' dan astaxanthin (ORAC) yang diperkenalkan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat yang mengukur kapasiti keseluruhan antioksidan makanan. Semakin tinggi skor ORAC, semakin besar keupayaan antioksidannya. Kata Audrey, sekiranya kekebalan tubuh kita kuat, maka kita tidak akan mudah jatuh sakit namun sekiranya sistem imun kita lemah, kuman mudah menyerang tubuh kita. Atas sebab itu, adalah penting untuk mengambil makanan berkhasiat yang diperlukan badan bagi melawan penyakit serta meningkatkan sistem imunisasi badan. Sebenarnya tidak sukar untuk meningkatkan kekebalan tubuh kerana terdapat pelbagai sumber makanan yang mampu meningkatkan sistem imunisasi kita termasuklah beberapa jenis bahan ini; 1. Bawang putih Bawang putih menjadi bahan utama ketika memasak tapi tahukah anda ia kaya dengan zat alisin (asid amino) yang mampu menjaga fungsi sistem kekebalan tubuh dengan cara merangsangkan produksi sel darah putih. Ia juga kaya dengan zat yang dapat membasmi bakteria, virus dan parasit serta memiliki sifat antioksidan yang dapat menghalang keradangan serta menurunkan risiko penyakit jantung dan mengawal tekanan darah. 2. Brokoli, bayam Brokoli dan bayam mengandungi banyak serat dan antioksidan serta kaya dengan vitamin A, C dan E. Nutrisi inilah yang membuatkan brokoli mampu menjaga dan meningkatkan sistem imun badan. 3. Kunyit Warna kuning pada kunyit menunjukkan ia mengandungi kurkumin iaitu antioksidan yang berperanan dalam menunjang fungsi sistem pertahanan badan manusia. Tidak hanya itu, ia bersifat anti radang yang boleh mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, demensia dan jantung. 4. Buah-buahan, sitrus dan beri Buah-buahan termasuk dalam kategori sitrus kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral yang berperanan dalam menjaga sistem kekebalan tubuh seperti betik, pisang, lemon, kiwi, jambu dan strawberi. 5. Yogurt Yogurt kaya dengan probiotik iaitu bakteria baik yang dapat mengukuhkan sistem kekebalan tubuh dan menyingkirkan jangkitan bakteria. 6. Madu kelulut Madu kelulut ia madu sangat berkhasiat yang juga kaya dengan unsur antioksidan, antimikrob serta anti-keradangan. Ia mampu meningkatkan sistem imun, khususnya mengaktifkan sel-sel imun dalam badan untuk melawan serangan bakteria serta virus dan sebab itu ia turut digelar 'superfood' tempatan. 7. Astaxanthin Astaxanthin merupakan zat warna (pigmen) merah yang terdapat pada hidupan laut seperti salmon, udang, ketam dan udang kara. Berdasarkan senarai panjang sumber antioksidan, astaxanthin antara yang terbaik malahan kajian mendapati ia 6,000 lebih efektif berbanding vitamin C. Ini bermaksud, astaxanthin memiliki kemampuan yang baik dalam meningkatkan imunisasi tubuh dan melindungi sel-sel daripada radikal bebas. Sementara itu, Pakar Perunding Oftalmologi di Optimax Eye Specialist Centre Sri Petaling, Dr Chang Khai Meng memberitahu meskipun astaxanthin masih belum digunakan secara meluas di Malaysia namun ia cukup berpotensi kepada kesihatan manusia. Ini kerana kata Dr Chang, astaxanthin adalah super antioksidan yang dapat membantu melindungi sel daripada kerosakan dan menambah baik sistem imun badan. Maka tidak hairan, banyak kajian sedang dilakukan di dalam dan luar negara bagi menguji keberkesanannya terhadap kesihatan manusia dan rata-rata menunjukkan hasil positif. Malah di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun, astaxanthin banyak digunakan dalam produk makanan kesihatan dan suplemen kerana manfaatnya yang cukup besar. "Sebenarnya astaxanthin ini sudah lama wujud dan sedar atau tidak, hampir setiap hari kita mengambil makanan yang mempunyai kandungan astaxanthin di dalamnya seperti ikan salmon, udang, ketam, lobak merah dan sebagainya. Pakar Perunding Oftalmologi di Optimax Eye Specialist Centre Sri Petaling, Dr Chang Khai Meng. "Ia lebih baik berbanding vitamin C, jadi tidak hairan ia mendapat jolokan super antioksidan. Pengambilan dua ke empat miligram (mg) astaxanthin setiap hari dipercayai memberi kesan 65 kali ganda berbanding vitamin C," katanya. Jelasnya, ia bukan sahaja bertindak sebagai antioksidan tetapi juga antimikrob, antiinflamasi, kesihatan jantung, diabetes dan memulihkan sakit otot. Tidak cukup itu, Dr Chang berkata, astaxanthin juga cukup baik untuk menjaga kesihatan mata termasuk mengekang masalah seperti keletihan mata, katarak, glaukoma, kerosakan urat mata (retina) dan sebagainya. Pun begitu kata Dr Chang, pengambilan astaxanthin sebaik-baiknya dirujuk kepada doktor terlebih dahulu dan memastikan pengambilan sebarang produk kesihatan atau suplemen menggunakan bahan semula jadi. Tak perlu bimbang sekiranya sukar untuk mendapatkan sumber astaxanthin kerana Optixanthin mengeluarkan tiga produk yang menggunakan astaxanthin sebagai bahan utama yang dicampur bersama beberapa bahan utama lain seperti madu kelulut, minyak kelapa dara serta buah-buah beri. Ketiga-tiga bahan ini dipilih bukan sahaja mengandungi pelbagai khasiat tersendiri tetapi ia turut tinggi dengan kandungan antioksidan yang cukup sesuai untuk meningkatkan pertahanan badan. Produk itu adalah Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil, Opti-B Madu Kelulut and Astaxanthin Extract dan Opti-I Botanical Beverage Mix Berries with Astaxanthin Extract & Marigold Flower Extract. 1. Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil Seperti minyak kelapa dara yang digunakan dalam Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil ia mengandungi asid laurik yang cukup baik untuk menyokong sistem ketahanan badan manusia. Lemak sihat di dalamnya juga baik untuk kesihatan jantung malah ia dapat memberi tenaga. Ia juga ejen semula jadi mengurangkan kulat, bakteria, virus yang boleh menyebabkan penyakit selain menjadikan kulit, rambut dan kuku sihat. Seperti asthaxanthin, minyak kelapa dara juga dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel. Kelebihan Opti-C Natural Astaxanthin in Virgin Cocunut Oil, ia dihasilkan dalam bentuk minyak dan bukannya tablet sintetik, kapsul, pil atau serbuk. Minyak kelapa dara yang digunakan membantu penyerapan astaxanthin dalam badan selain proses pengesktrakan yang dilakukan bebas bahan kimia serta sesuai untuk individu yang mengamalkan pemakanan vegeterian. 2. Opti-B Madu Kelulut and Astaxanthin Extract Hal yang sama dengan Opti-B Madu Kelulut and Astaxanthin Extract, kerana ia mengandungi madu kelulut yang kaya dengan antioksidan, antimikroba dan anti peradangan yang diperakui oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai 'Superfood'. Campuran kandungan itu mampu meningkatkan dan seimbangkan sistem ketahanan dalam badan tambahan pula antioksidan madu kelulut adalah 10 kali ganda berbanding madu biasa yang berpotensi mencegah penyakit kronik. Tidak cukup dengan itu, ia juga bagus bagi meningkatkan sel paru-paru dan produk ini sesuai untuk melegakan batuk dan batuk berkahak. 3. Opti-I Botanical Beverage Mix Berries with Astaxanthin Extract & Marigold Flower Extract Manakala Opti-I Botanical Beverage Mix Berries with Astaxanthin Extract & Marigold Flower Extract pula diformulasikan dengan astaxanthin, lutein, vitamin C, E, B kompleks, zinc dan chromium yang membantu melindungi dan menyokong kesihatan mata dan badan anda. Cukup sesuai untuk golongan muda atau tua, istimewanya Opti-I adalah ia bertindak sebagai pigmen makula yang dominan pada retina mata, selain lutein mampu menyaring cahaya biru dan melindungi mata anda. Tidak hanya tertumpu kepada makanan berkhasiat, kita juga disarankan untuk bersenam secara kerap kerana turut membantu meningkatkan imunisasi dalam badan. Tidur dengan cukup serta kawal tekanan juga sangat penting kerana jika kadar hormon meningkat ia boleh menyebabkan sistem kekebalan tubuh menjadi lemah. Jadi sebaik-baiknya seimbangkan semua perkara dalam hidup kita bagi memastikan kita dapat menjalani kehidupan sihat serta ceria. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk tersebut boleh melayari laman web www.optixanthin.com atau menghubungi talian bebas tol 1800 88 1201 atau 016-223 4101 serta emel ke [email protected]. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!