suria

Amaran! Bekerja selepas lockdown boleh gandakan kadar kematian akibat Covid-19... risiko pesakit jantung 10 kali, diabetes 5 kali

Peningkatan kematian akibat Covid-19 dijangka meningkat selepas kelonggaran lockdown.

SAINTIS di Universiti Kolej London dan Universiti Cambridge mendedahkan anggaran kematian akan meningkat kepada 73,000 pada tahun ini.

Kumpulan pengkaji itu juga memberitahu individu yang mempunyai penyakit jantung, diabetes dan masalah paru-paru berdepan risiko tinggi peningkatan jangkitan antara 80 hingga 90 peratus.

Kajian yang dilakukan di Britain ini mendedahkan lapan juta orang berdepan dengan kematian akibat jangkitan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 ada di mana-mana, jangan jemu jadikan 5 langkah ini sebagai norma baharu anda

Menurut saintis, anggaran peningkatan kematian ini dipercayai susulan kelonggaran kembali bekerja selepas lockdown dan tidak sepatutnya memaksa orang ramai berbuat demikian.

Data Pejabat Statistik National mendapati lebih 40,000 orang sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dan ia merupakan senario paling buruk di Eropah. Namun kajian juga yakin jumlah ini akan terus meningkat.



Orang ramai mula keluar selepas lockdown 50 hari di Britain.

Kerajaan Britain melonggarkan lockdown selepas 50 hari mengarahkan rakyatnya kekal di rumah, sekaligus meningkatkan kebimbangan berdepan dengan gelombang kedua.

Kajian yang diketuai Dr Amitava Banerjee dari UCL Institute of Health Informatics memberitahu, seseorang yang mempunyai penyakit jantung berdepan risiko kematian lima kali ganda akibat wabak ini berbanding individu sihat.

Manakala seseorang yang mempunyai penyakit jantung dan diabetes berdepan dengan 10 kali ganda risiko.

"Jika anak saya berusia enam tahun yang mempunyai risiko rendah Covid-19 boleh menunggu sehingga Jun atau Julai kembali ke sekolah, bermakna semua orang perlu tunggu untuk kembali bekerja.



Model kajian yang dijalankan oleh dua buah universiti berkaitan Covid-19.

"Mereka ini berdepan dengan risiko tinggi," jelas Dr Banerjee.

"Saya tidak fikir mereka perlu segera kembali bekerja sehingga keadaan jangkitan benar-benar sudah menurun, kemudahan kenderaan sudah bersedia dan tempat kerja selamat."

Kajian yang diterbitkan di The Lancet ini juga turut melihat rekod medikal 3.8 juta orang dan jangkaan apa yang akan berlaku selepas lockdown. - Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain