suria

Ibu tak pernah minta diraikan dengan hadiah... tapi 5 pemberian ini mampu buat mereka bahagia, malah bangga dengan anda

Hari istimewa buat ibu tersayang.

TAHUN ini sambutan hari Hari Ibu jatuh pada 10 Mei, yang mana ia disambut bagi meraikan pengorbanan golongan ibu, malah saat ini juga biasanya anak-anak atau suami memberi penghargaan istimewa kepada mereka.

Hakikatnya, mungkin tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dilaksanakan susulan pandemik Covid-19.

Namun ia tidak membataskan perhubungan ibu dan anak untuk meraikan hari bahagia ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga ini ada formula elak bosan ketika PKP... dapur meriah pagi sampai supper, siap ada kedai mini di rumah!- “Kalau nak duit lebih kena rajin”

Mungkin ada yang tinggal berjauhan dengan ibu sendiri, tak jangan bimbang! Apa yang penting luangkan sedikit masa untuk menghubungi sendiri ibu anda. Tidak kira sibuk mana pun kerja, jangan sesekali melupakan mereka.

Manakala bagi mereka yang sudah kehilangan ibu, tidak perlu bersedih kerana anda masih boleh menyambutnya dengan menghubungi kakak, ibu saudara atau kawan-kawan yang sudah bergelar ibu.

Bagi seorang ibu, bukan wang ringgit atau hadiah yang diharapkan, sebaliknya cukup buat mereka jika mendengar suara anda, berkongsi khabar atau cerita harian.



Sambutan Hari Ibu setiap tahun pada bulan Mei.

Paling penting, jangan hanya Hari Ibu sahaja anda layan mereka dengan baik, tetapi wajib bagi seorang anak menjaga ibunya dengan baik dan memberi kebahagiaan kepada mereka setiap detik.

Bagi mereka yang sudah bekerjaya dan mempunyai wang sendiri, apa kata bahagiakan ibu anda dengan hadiah-hadiah kesukaannya.

Tip di bawah ini mungkin boleh membantu anda yang buntu untuk membeli hadiah istimewa buat ibu tersayang.

1. Set telekung

Jangan tidak percaya, hadiah ini adalah yang paling menggembirakan mereka kerana aura pemberian ini 'lain macam' ketika melaksanakan ibadat.



Bahagiakan ibu anda dengan pemberian set barang kemas.

2. Barang kemas

Walau sekadar sebentuk cincin, ia mampu memberi kebahagiaan kepada mereka. Mungkin mereka tidak memerlukan barangan kemas, tetapi anda sendiri pasti rasa teruja apabila ibu tersayang memakai barang kemas hasil daripada titik peluh anda.

3. Tiket umrah atau melancong

Ada juga yang menghadiahkan ibu mereka pakej melakukan Umrah. Apa kata hadiahkan ibu anda dengan pakej ini, lebih lengkap jika anda sendiri yang akan menemaninya kelak.



Pemberian hadiah peralatan memasak pasti buat ibu anda tersenyum.

4.Peralatan memasak

Anda lebih kenal dengan ibu sendiri, lebih-lebih lagi yang gemar memasak. Apa kata, tahun ini hadiahkan mereka dengan set memasak yang istimewa kepada mereka. Yang pasti kita dapat jangka bahawa sesetengah ibu hanya akan menyimpan hadiah ini kerana sayang untuk menggunakannya.



Layan ibu anda dengan belanja makan istimewa.

5. Belanja makan

Bagi mereka yang tinggal bersama, apa kata bawa ibu anda ke restoran kegemaran ibu, tidak perlu tempat yang mahal, cukup untuk membuatkan ibu selesa. Namun, dalam tempoh PKP ini order online adalah sebaiknya!

Selamat Hari Ibu!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hari Ibu, hadiah, rai, sambutan, penghargaan

Artikel Lain