suria

Rasai manfaatnya... Ada 8 sebab kenapa anda perlu bersenam dengan hanya berjalan!

Berjalan kaki mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan manusia.

TAHUKAH anda berjalan kaki adalah salah satu kaedah untuk bermeditasi? Tidak hanya itu, ia juga mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan termasuk membuatkan fikiran kita rasa lebih tenang.

Bagi mendapatkan ketenangan itu, cuba berjalan kaki dalam lingkaran garis lurus agar dapat memberi fokus kepada gerakan kaki dan pernafasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukup susah nak telah air putih? Jom cuba 5 cara ini... antaranya guna straw

Sambil berjalan, cuba juga perhatikan perasaan, fikiran dan suasana hati ketika itu. Rasai perbezaannya dan beberapa manfaat berikut;

1. Melancarkan aliran darah terutamanya ke bahagian kaki. Ia sangat bermanfaat bagi orang-orang yang banyak duduk untuk tempoh lama.

2. Berjalan selepas makan secara umumnya membantu melancarkan sistem pencernaan.

3. Mengurangkan tekanan dan memberi ketenangan



Berjalan kaki bukan sahaja mampu memberi ketenangan tetapi juga membuatkan tidur lebih lena.

4. Sebuah kajian pada 2016 yang diterbitkan oleh Science Direct mendapati berjalan kaki memberi kesan positif pada pesakit diabetes.

5. Membantu mengurangkan gejala kemurungan serta menjaga tekanan darah dalam tubuh.

6. Berjalan kaki dapat menyeimbangkan emosi seseorang.

7. Membantu memperbaiki kualiti tidur serta mengurangkan tekanan, rasa cemas dan ketegangan otot.

8. Membantu meningkatkan tumpuan, kreativiti serta menyelesaikan masalah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain