RASA mual boleh berlaku bukan sahaja kepada wanita mengandung tetapi orang biasa disebabkan salah makan, kesan sampingan ubat, keracunan makanan, mabuk ketika menaiki kenderaan dan sebagainya. Simptom mual ini biasanya membuatkan seseorang rasa tidak sedap perut dan rasa ingin muntah secara tiba-tiba. Apabila itu berlaku, segelas air kosong pun rasa tak lalu nak telan dan pasti akan dimuntahkan kembali jika ia tetap diminum.ARTIKEL BERKAITAN: Jom cuba! Menari, senamrobik mampu turunkan risiko hipertensi Sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan bagi membantu menghilangkan rasa mual termasuklah; 1. Pisang Jika rasa mual serta muntah, makan pisang kerana ia mampu membantu memulihkan kalium yang hilang akibat muntah dan cirit-birit. 2. Epal Serat yang terkandung dalam buah epal dapat membantu membersihkan bahan kimia penyebab mual pada sistem tubuh kita. Tapi ingat, mengambil terlalu banyak makanan berserat juga boleh membuatkan keadaan kita bertambah buruk. 3. Nasi, kentang dan mi Makanan bertepung seperti nasi, kentang dan mi adalah pilihan terbaik bagi menghilangkan mual. Ini kerana jenis makanan ini mudah disediakan, tinggi kalori dan mampu menenangkan perut. Makanan tidak berwarna dan mempunyai bau seperti nasi juga lebih mudah ditelan ketika mual berbanding juadah yang mempunyai aroma kuat. 4. Makanan kering Biasanya asam kering akan menjadi pilihan bagi menghilangkan rasa mual tetapi sebenarnya biskut juga sangat membantu. Kajian turut mendapati bahawa 90 peratus doktor akan mencadangkan biskut kepada ibu hamil yang mengalami 'morning sickness'. Ia bukan sahaja cepat dan mudah tetapi tidak memiliki bau yang menyengat memandangkan orang yang mengalami mual cukup sensitif dengan bau. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!