suria

Tangan rasa ‘terbakar’ akibat pegang cili semasa memasak? Apa kata cuba petua guna semangkuk susu ini

Rasa panas dan terbakar ketika memasak cili boleh menyebabkan rasa rengsa pada tangan.

KEBANYAKAN masakan Melayu tak sah kalau tidak menggunakan cili bagi menambah rasa sedap, paling tidak sambal belacan sebagai pembuka selera.

Tapi, yang lecehnya proses pembuatannya akan memerlukan kita menyentuh, memotong, menumbuk sehingga tangan akan berasa panas dan pedih akibat terkena cili.

Rasa panas dan terbakar itu sebenarnya terjadi disebabkan cili mempunyai capsaicin yang merangsang rasa sakit.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar pemakanan tepis mitos ais boleh bekukan lemak - “Kalau sesiapa percaya badan dia zombie, makna tak normal dah”

Cara paling mudah bagi mengelak rasa panas itu adalah menggunakan sarung tangan apabila memasak cili, namun ramai merasakan ia menyusahkan dan sukar.

Ada beberapa cara lain untuk menghilangkan rasa panas dan terbakar pada tangan;

1. Cuci dengan sabun pencuci pinggan

Ketika tangan mula rasa panas, segera bilas tangan dengan sabun pencuci pinggan. Gosok sabun di seluruh bahagian telapak tangan dan juga dibawah kuku.

Sabun pencuci pinggan biasanya lebih mudah menghilangkan rasa panas pada tangan berbanding pencuci tangan biasa.

2. Gosok tangan dengan minyak zaitun

Minyak zaitun tak hanya bagus sebagai sumber lemak baik untuk tubuh tetapi juga untuk menghilangkan rasa panas cili pada tangan. Tak susah, hanya perlu menggosokkan minyak zaitun pada tangan sehingga rasa terbakar hilang.

Biarkan satu ke dua minit sebelum membilas dengan air dan sabun pencuci pinggan.

3. Rendam tangan dalam susu

Terdapat pelbagai produk tenusu yang bersifat asid sehingga ia mampu membantu mengurangkan rasa panas pada tangan. Protein susu yang disebut sebagai kasein berfungsi sebagai pemecah capsaicin cili.

Mudah, hanya rendam tangan dalam semangkuk susu selama beberapa minit sehingga rasa panas mula reda. Kemudian bilas dengan air bersih.

Tapi ingat, sebelum tangan bersih daripada rasa sensasi panas dan terbakar, jangan gosok mata atau menyentuh alat sulit kerana capsaicin pada cili mudah melekat dan menyebarkan rasa terbakar pada bahagian tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Susu, Minyak Zaitun, Sabun, Cili

Artikel Lain