BELUM pun hilang virus berbahaya Covid-19, kini saintis memberi amaran kepada manusia dengan pandemik baharu berpunca daripada virus selsema babi. Kumpulan pakar dari Akademi Sains China memberitahu, babi merupakan kunci kepada jangkitan atau lebih daripada satu virus yang terdapat pada haiwan (mixing vessel) berjangkit kepada manusia. Pasukan saintis itu telah menjalani berkaitan selsema ini di ladang ternakan babi di seluruh wilayah China sejak 2011 dan mendedahkan virus terbaharu boleh jangkiti manusia.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terlalu selesa, virus Covid-19 belum hilang - "Tempoh teruk belum tiba lagi" Setakat ini, hanya dua orang yang telah dijangkiti virus yang dikenali G4EAH1N1 bermula sejak 2016, dan pengkaji memberitahu ia 'penyesuaian tinggi' untuk berjangkit kepada manusia. Dua orang yang disahkan dengan virus ini berusia 46 tahun yang didiagnosis pada 2016, manakala seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun pada 2019. Malah pasukan pengkaji itu turut memantau ladang dan orang yang bekerja di situ atau berada berdekatan, kerana penularan selanjutnya boleh menyebabkan virus 'beradaptasi dan menjadi pandemik'. Penyelidik memantau ladang-ladang ternakan babi di wilayah China. Berita itu muncul ketika dunia sedang dalam keadaan wabak koronavirus yang berasal dari China dan dianggap telah berpindah dari kelelawar kepada manusia melalui binatang perantara. Angka kematian global disebabkan Covid-19 kini telah melebihi setengah juta orang setakat ini. "Tinjauan epidemiologi mendapati bahawa kedua-dua pesakit mempunyai jiran yang memelihara babi, menunjukkan bahawa virus G4EA dapat menular dari babi ke manusia, dan menyebabkan jangkitan yang teruk dan bahkan kematian," kata penyelidik. Para penyelidik tidak menjelaskan secara terperinci mengenai gejala tersebut, kerana virus tersebut tidak menyebar secara meluas pada manusia, tetapi dalam ujian virus pada musang, mereka mendapati gejala seperti demam, bersin, dan batuk adalah perkara biasa. Saintis George Gao, Jinhua Liu, dan rakannya mengasingkan 179 virus dari babi di 10 wilayah di China dari tahun 2011 hingga 2018 untuk mengkaji risiko yang ditimbulkannya kepada manusia. - Dailymail.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!