suria

Jangan terlalu selesa, virus Covid-19 belum hilang - "Tempoh teruk belum tiba lagi"

Hakikat sebenar virus Covid-19 semakin meningkat.

SECARA kasarnya kita lihat penularan wabak pandemik Covid-19 semakin menurun selepas majoriti negara di seluruh dunia mula menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Namun hakikat sebenar yang perlu kita tahu adalah wabak ini masih berleluasa dan perlu diingat virus ini telah meragut 502,000 nyawa manusia di seluruh dunia.

Pengarah WHO, Dr Tedros Ghebreyesus mendakwa virus ini semakin merebak biarpun langkah lockdown diambil oleh kebanyakan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Takutkan Covid-19, jangan sampai abai gigitan Aedes! Jom ambil tahu jenis dan simptom denggi

Ghebreyesus memberitahu, negara-negara seperti Korea Selatan, China, Jerman, Singapura dan Jepun menunjukkan ada 'blue print' untuk melawan penyakit ini.

Bagaimanapun, beliau turut menegaskan bahawa situasi virus Covid-19 yang paling teruk 'belum datang lagi'.

Merujuk kepada kes di Amerika Syarikat dan United Kingdom (UK), Ghebreyesusu mendakwa banyak negara tidak menggunakan 'alat yang kita miliki'.



Kematian di Amerika Syarikat akibat Covid-19 terus meningkat.

Awal bulan ini, WHO mendesak Britain untuk tidak menarik langkah lockdown sehingga sistem ujian dan jumlah kes berkurangan.

Kerajaan UK telah dikritik supaya memberi perhatian rapi terhadap tanggungjawab memelihara kesihatan rakyatnya.

"Walaupun banyak negara telah menunjukkan progres yang baik secara global, hakikatnya pandemik semakin meningkat dengan pantas.

"Kami semua mahu ianya berakhir. Kita semua mahu kehidupan sebenar, tetapi sangat sukar kerana ia langsung tidak menunjukkan ia hampir berakhir.

"Beberapa negara kini mula membuka kembali ekonomi serta kebebasan masyarakat, sekali gus kebanyakan orang tetap terdedah. Virus ini masih mempunyai banyak ruang untuk berjangkit.

"Tahap buruk masih belum tiba lagi. Saya minta maaf berkata demikian, tetapi dengan keadaan dan situasi, kami bimbang ia bertambah buruk dan sebab itu kita perlu bersama melawan virus berbahaya ini," jelansya.

Brazil, Rusia dan India dilihat sebagai negara paling teruk dijangkiti wabak sejak beberapa minggu ini.

Lebih 4,700 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam keseluruhan dari 1 hingga 27 Jun lalu. Secara purata seramai 196 orang mati dalam tempoh sejam atau seorang dalam tempoh 18 saat. -Dailymail.uk.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Virus Covid-19, Belum Hilang, WHO

Artikel Lain