suria

Hebat! Jam tangan pintar mampu kesan jangkitan Covid-19... tapi bagaimana?

Seramai 31 orang dikesan dijangkiti Covid-19 menerusi pemakaian jam tangan pintar.

VIRUS Covid-19 dapat dikesan dengan memakai jam tangan pintar beberapa hari sebelum gejala wabak itu muncul.

Penemuan terbaharu itu hasil kajian daripada sekumpulan saintis di Universiti Stanford, California di Amerika Syarikat.

Data kajian menunjukkan 31 orang dijangkiti Covid-19 dikesan sepanjang tempoh memakai jam tangan pintar Fitbits.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19 belum reda, saintis dedah G4 EA H1N1 bakal jadi pandemik jangkiti manusia

Mereka mendapati perubahan pada degup jantung, jumlah langkah yang diambil dan tidur terbukti dalam 80 peratus kes, menunjukkan virus itu dapat dikesan sebelum ianya menular.

Dalam beberapa kes, tanda jangkitan jelas selama sembilan hari sebelum gejala batuk, demam atau hilangnya rasa dan bau bermula.

Para penyelidik kini percaya alat pemakai yang mengukur tahap kesihatan itu boleh menjadi 'syarat' pandemik Covid-19 yang telah membunuh 550,000 orang di seluruh dunia.



Jam tangan pintar membantu mengesan awal jangkitan Covid-19.

Dan mereka merancang algoritma yang berfungsi untuk mengesan jangkitan Covid-19 pada pemakai jam tangan pintar, tetapi mengingatkan bahawa ia memerlukan penyesuaian sebelum boleh diyakini.

Alat seperti ini akan bermanfaat untuk mengekang penyebaran virus lebih awal dan memantau berapa orang yang telah dijangkiti akibat penularan itu.

Tejaswini Mishra yang mengetuai kajian ini memberitahu jam tangan pintar boleh digunakan untuk mengesan jika parameter kesihatan seseorang itu berdepan dengan masalah.

Teknologi jam tangan dapat mengukur kadar degupan jantung dan suhu kulit.



Kini hampir 550,000 orang seluruh dunia maut akibat jangkitan Covid-19.

Sebilangannya menawarkan kelebihan untuk mengesan kualiti tidur dari masa ke semasa.

Para penyelidik mengumpul sekumpulan 5,322 individu yang membuat tinjauan mengenai kesihatan mereka.

Mereka menjadikan kumpulan kajian dengan hanya 31 orang yang diagnosis Covid-19 positif, dan semua menggunakan jam tangan pintar yang sama (Fitbit).

Mereka memeriksa 'baseline' setiap orang - kadar denyutan jantung rehat normal dan perubahan.

Virus Covid-19 terbukti mengubah degupan jantung, langkah dan tidur dalam 80 peratus kes secara keseluruhan. -Dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jam Tangan Pintar, Kesan, Covid-19

Artikel Lain