RAMAI yang tidak tahu bahawa kesihatan oral merupakan cerminan kepada kesihatan tubuh seseorang malah pelbagai penyakit boleh berpunca daripada mulut dan gigi yang tidak sihat. Malah mulut dan gigi adalah indikasi pertama untuk mengetahui keadaan tubuh kita kerana ia adalah gerbang utama masuknya makanan serta bakteria dan kuman. Menjaga kesihatan gigi dan mulut dapat meningkatkan kekebalan tubuh dan sekiranya penjagaan kebersihan mulut serta gigi diabaikan, ia dapat memicu pelbagai penyakit dan bukannya sekadar gigi berlubang, plak, gusi dan masalah bau mulut.ARTIKEL BERKAITAN: Awas, jangan 'syok' sangat korek telinga! Sebenarnya masalah plak dan pendarahan pada gusi boleh mendatangkan bahaya apabila sisa makanan, kuman dan bakteria yang terbentuk pada gigi, gusi dan rongga mulut. Plak yang yang terbentuk itu sangat berbahaya kerana ia adalah racun kepada tubuh badan - ia mampu masuk ke dalam saluran darah dan menimbulkan pelbagai penyakit kronik lain. Berikut adalah lima jenis penyakit yang boleh disebabkan masalah mulut dan gigi yang tidak sihat. 1. Penyakit Jantung Plak dapat memicu munculnya penyakit jantung dan kardiovaskular. Plak daripada mulut boleh masuk ke dalam pembuluh darah dan berjalan ke jantung. Kuman dan bakteria daripada mulut itulah boleh menyebabkan serangan jantung. Orang dengan kesihatan gigi dan mulut yang teruk memiliki risiko tiga kali lebih tinggi terkena penyakit kardiovaskular dan serangan jantung. Ia disebabkan radang pada gusi dan bakteria boleh menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit. 2. Angin Ahmar Rongga mulut yang tidak sihat juga boleh menyebabkan angin ahmar malah kajian menunjukkan, penyakit gusi dapat meningkatkan risiko strok sehingga 50 peratus bagi individu berusia 25 hingga 54 tahun. 3. Diabetes Penderita penyakit gusi memiliki risiko lebih tinggi untuk terkena diabetes, manakala pesakit diabetes pula memiliki kemungkinan tiga kali ganda untuk menderita penyakit gusi. 4. Masalah pernafasan Mulut juga menjadi ruang punca pelbagai penyakit berkaitan pernafasan termasuk virus koronavirus. Kuman dapat disedut dan masuk menuju saluran pernafasan dan memberi kesan buruk kepada tubuh. 5. Kelahiran Pramatang Bagi wanita hamil pula, gigi dan mulut yang tidak sihat dapat menyebabkan kelahiran pra-matang. Plak atau bakteria dapat masuk ke dalam saluran darah dan berjalan masuk ke plasenta. Bakteria akan memicu hormon yang mempercepatkan kelahiran bayi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!