ALASAN faktor umur sering kali digunakan mereka yang malas bersenam. Kita sering mendengar atau membaca bahawa pelbagai penyakit muncul antaranya disebabkan faktor pemakanan dan malas bersenam. Hakikatnya, untuk aktiviti bersenam tidak terhad kepada golongan muda sahaja, sebaliknya kumpulan kanak-kanak dan jika anda tergolong dalam kategori yang agak 'berumur', ia bukanlah penghalang. ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel kanak-kanak paling gemuk di dunia, baju lengan panjang sembunyi 'rahsia' tubuh Arya Pada tahun 2010, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan garis panduan aktiviti fizikal untuk kesihatan yang kini diguna pakai di semua negara. Usia bukan penghalang untuk melakukan aktiviti bersenam. Antara aktiviti mengikut kumpulan umur; 5 hingga 17 tahun - Sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari. 18 hingga 60 tahun - Sekurang-kurangnya 30 minit, 5 kali seminggu. Bagi mereka yang berumur 65 ke atas, aktiviti fizikal yang disarankan WHO lebih kepada aktiviti riadah seperti berjalan, menari, berkebun, hiking serta berenang. Namun lain pula cerita dengan seorang wanita warga emas yang kini berusia 73 tahun, Lauren Bruzzone. Bruzzone membuktikan usia bukan penghalang untuk dia melakukan senaman berat di gimnasium bersama jurulatih peribadinya. Bruzzone dan jurulatihnya James. Profesor matematik itu menjalani sesi bersenam sebanyak enam kali seminggu. "Perkara paling penting adalah ketika mahu memulakannya, sama ada bangkit dari katil atau mulakan senaman. "Fikiran anda akan memberitahu perkara yang menakjubkan. Apabila anda sudah melakukannya (bersenam), baharu akan tahu ianya tidaklah teruk. "Saya boleh bergerak bebas. Jika ada barang terjatuh, saya boleh terus mengambilnya. Saya boleh bangun dari kerusi atau berjalan. "Ia bukanlah perkara yang pelik, tetapi jika anda tidak melakukannya, itu adalah masalah," ujar Bruzzone. Manakala jurulatih Wesley James memberitahu dia sedar corak latihannya agak keras, namun wanita itu mahu berjumpa dengannya enam kali seminggu. "Kami hanya mahu menunjukkan kepada dunia bahawa semuanya tidak mustahil dalam mana-mana peringkat umur. Jadi, berhenti mencari alasan, percaya kepada kebolehan sendiri dan tidak berputus-asa." Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!