SARAPAN cukup penting bagi memastikan kita dapat memulakan hari yang sibuk dengan bertenaga. Gabungan karbohidrat, protein dan lemak ketika makan pagi dapat membantu menambahkan tenaga namun ramai yang mengambil sikap sambil lewa mengenainya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak kira gender... tidur pakai stokin bukan untuk wanita berpantang sahaja, rupa-rupanya banyak manfaatnya! Ini termasuklah ada yang lambat makan malah ada pula yang terjaga sahaja dari tidur terus ke dapur untuk sarapan kerana terlalu lapar disebabkan tidak makan pada malam sebelumnya. Sarapan yang seimbang membantu memberi tenaga kepada anda. Sebenarnya kedua-dua tabiat ini tidak baik untuk kesihatan kerana waktu terbaik untuk sarapan adalah dua jam selepas bangun tidur. Menurut pakar pemakanan, waktu inilah metabolisme tubuh manusia akan bergiat aktif. Turunkan berat badan Menurut kajian Universiti Harvard, pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak pada waktu yang tidak tepat juga mampu menggangu proses penurunan berat badan bagi yang sedang berdiet. Hal sama berlaku pada mereka yang menjalani diet berpuasa (intermittent fasting), jarak antara makan malam dan sarapan juga tidak disarankan lebih daripada 12 ke 14 jam. Bagi yang berdiet secara berpuasa, sebaik-baiknya dapatkan nasihat doktor. Kajian itu menyebut, berpuasa selama 12 jam di antara makan malam dan sarapan baik untuk pencernaan makanan dengan sempurna. Jarak ini juga dapat meningkatkan kualiti tidur namun bagi yang ingin melakukan diet berpuasa, sebaik-baiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Waktu makan yang terbaik adalah; Sarapan: 6 pagi hingga 10 pagi Snek: 2 hingga 4 jam selepas sarapan Makan Tengah Hari: Sebelum pukul 3 petang Snek: 2 hingga 4 jam selepas makan tengah hari Makan Malam: 6 petang hingga 8 malam Nikmati sarapan dengan betul kerana ia mampu memberi tenaga dan menjaga kesihatan anda. Sarapan pada waktu yang tepat dapat membantu menjaga berat badan yang normal, mengatur kada gula dalam darah dengan lebih baik selain mengurangkan lemak dan kolestrol. Dan sudah tentu, ia sangat membantu meningkatkan tenaga dan aktiviti anda sepanjang hari! Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!