suria

Lengan kiri lebih lemah berbanding kanan, kenapa ye?

Sebenarnya lengan kiri lebih lemah bukan perkara pelik.

PERASAN tak, tangan sebelah kiri kita lebih lemah berbanding sebelah kanan? Misalnya, ketika kita melakukan senaman mengangkat dumbell, tangan kiri akan terasa lebih cepat lenguh.

Tidak perlu bimbang, kerana ia adalah perkara biasa dan menurut pakar, banyak orang akan merasai perbezaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Antara yang kaya atau marhain, golongan mana tidur lebih nyenyak dan berkualiti?

Bermula membuka pintu, mengangkat barang hingga menaiki tangga, kita biasanya akan menggunakan sisi dominan dan lama kelamaan ia akan menjadi satu kebiasaan buat diri kita.

Otak kita juga akan belajar menggunakan otot yang lebih dominan.



Senaman yang seimbang boleh membantu menguatkan otot kedua-dua belah bahagian badan.

Bagi yang kurang melakukan senaman berat, kita mungkin tidak akan perasan tentang perbezaan otot di kedua-dua belah bahagian badan kita namun bagi yang gemar bersukan, perkara itu senang dikenal pasti.

Cara terbaik untuk membuatkan kekuatan kedua-dua sisi anda seimbang adalah dengan bersenam serta menggunakan beban yang sama berat ketika melakukan latihan fizikal seperti mengangkat berat.

Antara senaman yang boleh dilakukan juga termasuklah tekan tubi, lunges, bicep curls, dumbell rows, tripe extensions dan dumbell squats.

Bagaimanapun, anda tidak perlu begitu obses dengan melakukan latihan menyakitkan pada bahagian yang lemah kerana ia tidak memberi sebarang kelebihan.

Sebaliknya, cukup latihan dan beban yang sama digunakan pada bahagian yang lebih kuat. Sebaik-baiknya, lakukan senaman secara kerap.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lengan, Kiri, Kanan, Otak, Senaman

Artikel Lain