RAMBUT ditumbuhi uban adalah perkara biasa terutama bagi yang sudah berusia sebagai salah satu fasa kehidupan. Bagaimanapun ada segelintir daripada kita meskipun masih muda namun rambut sudah dipenuhi uban sekaligus mencacatkan penampilan.ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke tak pakai seluar dalam lebih sihat? Apakah punca uban tumbuh sebelum tiba waktunya? Masalah rambut beruban boleh disebabkan faktor keturunan. 1. Keturunan Sebuah kajian yang diterbitkan Nature Communication melaporkan terdapat satu gen yang berkait rapat dengan pertumbuhan uban. Hasil penelitian terhadap 6,000 rambut responden di Amerika Latin menunjukkan gen tersebut adalah disebabkan keturunan. Ini termasuklah masalah botak. 2. Autoimun Penyakit kulit autoimun yang dipanggil alopecia areate dapat menyebabkan rambut bertukar menjadi putih. Tekanan juga boleh memicu pertumbuhan rambut uban. 3. Tekanan Ketika kali pertama Obama memegang jawatan sebagai Presiden Amerika, rambutnya berwarna gelap. Bagaimanapun, lima tahun kemudian, rambutnya bertukar menjadi warna putih dipercayai ada kaitan dengan tekanan. Hubungan di antara tekanan dan masalah rambut beruban masih dalam perdebatan namun ia mampu meningkatkan kesan genetik dan keturunan. 4. Terdedah asap rokok Percaya atau tidak, asap rokok adalah salah satu sebab rambut beruban dengan lebih cepat. Kajian yang diterbitkan pada 2013 mendapati, perokok mempunyai potensi 2.5 kali besar memiliki uban pada usia muda. Situasi itu boleh berlaku disebabkan jumlah radikal bebas yang dihasilkan asap rokok yang berterbangan sehingga meresap ke bahagian rambut. Perubahan hormon juga boleh menjadi puncanya. 5. Perubahan hormon Hormon mampu mempengaruhi perubahan rambut dari masa ke semasa bermula dari segi tekstur, kepadatan hinggalah warnanya. Proses itu paling cepat berlaku ketika seseorang menganjak usia 30 tahun. Penyelidik juga masih berusaha memahami bagaimana hormon seperti estrogen, progesteron dan kortisol mampu mempengaruhi pengeluaran rambut beruban. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!