suria

Suka teguk air bergas selepas bersenam? Awas! Kesannya bahaya pada kesihatan anda

Tidak bagus minum air bergas sejurus selepas bersenam.

MENJAGA tubuh supaya tetap terhidrasi itu sangat penting, apatah lagi kalau baru sahaja selesai bersenam. Biasanya, kita pasti akan mencari minuman segar dan dingin untuk menghilangkan dahaga.

Tidak kurang juga yang gemarkan minuman bergula atau berkarbonat bagi meningkatkan kembali gula dan tenaga dalam badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan sengaja nak nampak 'cool'... Realitinya berlari sambil dengar muzik ada manfaat!

Tapi tunggu dulu, apakah sesuai meneguk minuman berkarbonat selepas bersenam?



Umum mengetahui air bikarbonat mengandungi gula yang tinggi.

Sebaik-baiknya hindari minuman ini sebelum dan selepas bersenam. Ini kerana ia mengandungi gula yang dapat diserap dengan lebih cepat oleh tubuh.

Meskipun kedengaran cukup ideal pada yang ingin melakukan senaman berat, tetapi ia sebenarnya boleh membuatkan kadar gula dalam darah anda melonjak dengan cepat.

Ini kerana selepas meneguk air berkarbonat, tubuh akan menggunakan keseluruhan gula itu untuk menggantikan tenaga yang hilang selepas bersenam.



Sebaik-baiknya minum air putih sebelum dan selepas bersenam.

Hasilnya, gula dalam darah yang meningkat akan kembali turun dengan drastik. Alasan untuk mendapatkan tenaga, alih-alih membuatkan tubuh bertambah lesu dan lebih cepat haus.

Tujuan bersenam juga sudah tentu untuk membakar kalori dengan lebih banyak namun pengambilan minuman ini, kalori dalam tubuh akan kembali bertambah sehingga berat badan tidak turun.

Berita baiknya, minuman bekarbonat selepas bersenam disarankan untuk situasi tertentu misalnya bagi atlet triathlon yang memerlukan ketahanan yang panjang.



Senaman adalah untuk membakar kalori bukan menambahnya!

Minuman ini dapat membantu meningkatkan tenaga sehingga berlipat kali ganda. Kandungan gula dan kafein dalam minuman bersoda dapat menambah tenaga bagi mengatasi keletihan dengan lebih cepat.

Tapi sebaik-baiknya, minumlah air putih sebelum dan selepas bersenam kerana ia akan membuatkan tubuh kita terhidrasi tanpa menurunkan paras gula dalam badan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Senaman, Air Bikarbonat, Air Putih, Berlari,

Artikel Lain