suria

Jangan ambil mudah... elak pakaikan mask untuk bayi anda!

Penggunaan pelitup muka pada bayi berusia dua tahun ke bawah adalah merbahaya.

UMUM mengetahui penggunaan pelitup muka dan menjaga jarak dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 sebanyak 85 peratus.

Atas sebab itu juga, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan kita memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah dan menjaga jarak.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 sayuran ini dibenci kanak-kanak... Ketahui cara buat mereka menyukainya

Bagaimanapun dengan bayi dan kanak-kanak? Bagi yang berusia lebih daripada dua tahun, sebaik-baiknya memberikan mereka pelitup muka jenis kain dengan tiga lapisan.



Bayi mungkin mengalami sesak nafas.

Manakala untuk anak-anak yang di bawah dua tahun, tidak disarankan untuk memakaikan mereka pelitup muka.

Ini bagi mengelakkan mereka daripada mengalami sesak nafas, tambahan pula mereka tidak dapat memberi reaksi sekiranya sedang mengalami sesak nafas.

Ia juga membahayakan ibu bapa kerana tidak dapat mengenal pasti sama ada mereka dalam keadaan selesa atau sebaliknya.



Jika terpaksa keluar sebaik-baiknya gunakan stroler dengan penutup.

Pemakaian pelitup muka yang tebal juga menyukarkan bayi bernafas dengan baik.

Jika terpaksa membawa bayi keluar dari rumah untuk ke hospital, ibu bapa dinasihatkan untuk meletakkan bayi dalam stroler dan menggunakan penutup bagi melindungi mereka.

Sejak kebelakangan ini, ramai peniaga mula menjual pelitup muka dan face shield untuk bayi namun ia tetap boleh mendatangkan bahaya kepada bayi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Pelitup Muka, Covid-19, WHO, Bayi

Artikel Lain