suria

Cukup hanya 10 minit, bukan malas tapi tidur siang ada kebaikannya! Ketahui waktu sesuai lelapkan mata sejenak

Tidur siang sebenarnya ada kebaikan untuk kesihatan anda.

TIDAK ramai yang mempunyai kesempatan untuk tidur pada waktu siang kerana sibuk dengan tugas di pejabat atau tidak mahu dipandang sebagai pemalas.

Sebenarnya tidur siang bukan kerana kita malas atau tidak aktif tetapi ia cukup baik untuk kesihatan meskipun hanya 10 minit.

Tidur pada waktu siang dapat meningkatkan produktiviti seseorang selain mengelakkan terjadinya 'mood swing'.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja sedap buat masak kari, ada 5 manfaat kacang bendi buat kesihatan anda

Selain untuk orang dewasa, manfaat tidur siang juga cukup baik untuk kanak-kanak bagi meningkatkan daya pemikirannya.



Tumpuan kita akan jadi lebih baik jika tidur siang.

1. Tingkatkan tumpuan

Terdapat pelbagai bukti berdasarkan kajian membuktikan tidur siang bermanfaat untuk kesihatan seseorang termasuklah lebih produktif meskipun hanya terlelap selama 10 ke 20 minit.

Hanya dengan tidur singkat, ia dapat meningkatkan kemampuan psikomotor yang membuatkan kita lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu.

2. Mudah serap informasi

Ia juga baik untuk meningkatkan daya ingatan dan fokus seseorang. Kajian juga mendapati, kita juga boleh menyerap informasi dengan lebih cepat selepas tidur siang.

3. Menurunkan tekanan darah

Tidur siang juga baik untuk menurunkan tekanan darah kepada paras normal terutamanya bagi yang menghidap penyakit hipertensi.

Secara puratanya, tidur siang dapat menurunkan tekanan darah sehingga 5 mmHg, sama seperti kesan mengambil ubat tekanan darah.

Penurunan tekanan darah sebanyak 2 mmHg sudah sangat baik bagi menurunkan risiko serangan jantung sehingga 10 peratus.



Tidur siang dapat menjadikan mood anda lebih baik.

4. Mood lebih baik

Apabila seharian sibuk di pejabat kita pasti akan rasa tertekan. Tidur seketika mampu mengelakkan kita rasa tertekan dan mengalami perubahan mood yang boleh merosakkan keseluruhan hari anda.

Tidak hanya itu, ia membolehkan tidur pada waktu malam anda menjadi lebih lena kerana anda tidak berada dalam keadaan tertekan.

Waktu tidur siang paling baik

Waktu tidur siang yang terbaik sebenarnya bergantung kepada individu termasuk faktor usia dan aktiviti mereka. Bagaimanapun waktu yang terbaik adalah di antara pukul 1 hingga 3 petang.

Selepas waktu itu kurang sesuai untuk tidur siang kerana ia boleh menggangu pola tidur anda pada waktu malam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Tidur Siang, Berehat, Kesihatan,

Artikel Lain