KEBANYAKAN daripada kita sudah terbiasa minum susu lembu berbanding susu kambing sejak kecil. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, ramai mula beralih kepada susu kambing kerana ia dikatakan lebih berkhasiat berbanding susu lembu. Sebenarnya kedua-dua susu mempunyai protein yang lengkap serta mengandungi sembilan asid amino yang diperlukan dalam memberi tenaga, meningkatkan ketahanan badan serta pembentukan otot.ARTIKEL BERKAITAN: Kerap turun-naik penimbang ketika proses nak kurus, betul ke pagi waktu terbaik timbang berat badan? Baik susu kambing atau lembu, kedua-duanya mengandungi kalsium yang tinggi termasuk kaya dengan vitamin A dan D serta mineral seperti mangnesium, fosfor serta kalium. Anda lebih suka susu kambing atau lembu? Bagaimanapun, susu kambing mengandungi lemak dan kalori lebih tinggi tetapi memiliki lebih banyak vitamin, mineral dan protein berbanding susu lembu. Perbezaan paling ketara berkemungkinan terletak pada rasanya yang berbeza daripada susu lembu. Pakar nutrisi, Largeman Roth memberitahu, susu kambing lebih mudah dicerna kerana gumpalan lemak yang terkandung di dalamnya selain lebih rendah gula (laktosa). Meskipun susu kambing lebih bermanfaat kepada golongan dewasa, Largeman memberitahu ia tidak semestinya baik untuk bayi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!