suria

Jangan tak tahu... 8 benda ini lebih kotor berbanding mangkuk tandas!

Terdapat pelbagai benda seperti mesin ATM yang mempunyai lebih banyak bakteria dan kuman berbanding mangkuk tandas.

DALAM kehidupan seharian, kita banyak menyentuh benda-benda yang tanpa disedari kotor dan berkuman.

Malah ada diantara benda yang kita sentuh itu mempunyai lebih banyak kuman berbanding mangkuk tandas.

ARTIKEL BERKAITAN: Lalat bukan suka-suka hinggap pada makanan! Air liur, najis antara yang ditinggalkan... kenapa?

Apakah barang-barang tersebut?

1. Telefon

Pada 2013, sekumpulan penyelidik memeriksa 30 telefon dan tempat duduk tandas. Hasil penelitian itu mendapati, telefon mempunyai 600 unit bakteria dikenali staphylococcus (staph: boleh menyebabkan jangkitan kulit).

Sementara tempat duduk tandas hanya memiliki kurang daripada 20 unit bakteria.

2. Paip air

Paip air dalam bilik mandi boleh memiliki 21 kali lebih banyak bakteria berbanding tempat duduk tandas. Sementara paip di dapur pula mempunyai 44 kali ganda bakteria dan kuman.

3. Beg tangan

Penyelidik membuat kajian terhadap 25 beg tangan dan mendapati ia tiga kali lebih kotor berbanding tempat duduk tandas. Beg tangan yang digunakan secara rutin mempunyai 10 kali ganda bakteria di mana tali pada beg tangan didapati paling kotor.

4. Berus gigi

Tahukah anda, ketika anda 'flush' tandas selepas menggunakannya, semburan air mengandungi kotoran dan boleh tersebar sehingga enam meter, menurut Pakar Mikrobiologi Universiti New York, Dr Philip Tierno.

Jika kita membiarkan berus gigi ditempat terbuka dalam bilik air, kotoran, kuman dan bakteria boleh hinggap pada berus gigi anda.

5. Butang lif

Hasil kajian dilakukan sekumpulan penyelidik di Universiti Toronto mendapati, tombol lif mengandungi lebih banyak bakteria berbanding tempat duduk tandas.

Kajian lain di Arab Saudi pula mendapati, 97 peratus butang lif tercemar dengan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

6. Tuala

Dr. Peter Barrat yang juga seorang penyelidik mikrobiologi memberitahu bakteria memerlukan tiga elemen untuk membiak. Ketiga-tiga elemen itu termasuklah kelembapan, suhu dan bahan organik.

"Tuala yang basah dan partikel kulit mati yang melekat pada tuala selepas digunakan akan menjadi makanan kepada bakteria," katanya.

Jadi sebaik-baiknya, tuala dicuci seminggu sekali menggunakan air panas bagi membunuh kuman dan bakteria.

7. Mesin ATM

Setiap butang yang kita tekan pada mesin ATM, rata-rata mempunyai 120 jenis kuman termasuk virus influenza dan E. Coli. Disebutkan juga, sebanyak 94 peratus wang yang keluar dari mesin ATM membawa bakteria yang boleh mendatangkan penyakit.

8. Permaidani

Bakteria cukup mudah membiak di atas permaidani dan jangan tak percaya kerana karpet mempunyai 200,000 bakteria bagi setiap persegi. Maksudnya, permaidani adalah syurga bakteria dan kuman.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain