suria

Sila ambil tahu! Buah delima... khasiatnya mampu tingkatkan prestasi seksual!

Buah delima nampak sahaja kecil tetapi ia mempunyai pelbagai khasiat.

JIKA anda sedang mencari buah-buahan yang segar dan menyihatkan, maka buah delima patut masuk dalam senarai.

Ini kerana ia cukup tinggi dengan kandungan antioksidan, selain nutrisi seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B9 dan kalium.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tak tahu, popcorn cukup banyak manfaat untuk kesihatan kalau makan cara betul!

Berikut adalah beberapa manfaat jus delima untuk kesihatan tubuh anda.

1. Mengurangkan radikal bebas

Delima kaya dengan antioksidan. Bijinya yang cerah turut mengandungi polifenol yang merupakan zat antioksidan yang mampu mengurangkan radikal bebas.

Jus buah delima pula mengandungi kadar antioksidan yang lebih tinggi berbanding buah-buahan lain.

Bahkan, kadar antioksidannya tiga kali ganda berbanding teh hijau dan anggur.

2. Melambatkan simptom Alzheimer

Penyakit alzheimer disebabkan oleh kerosakan sel otak secara perlahan sehingga pada satu tahap ia akan mati. Ia akan menyebabkan pesakit menjadi pelupa dan tidak mempunyai kemampuan sosial.

Kandungan antioksidan dalam jus delima diyakini dapat membantu memperlambatkan penyakit itu. Antioksidan dalam jus delima yang tinggi diyakini dapat meningkatkan daya ingatan.

3. Menjaga sistem penghadaman

Jus delima membantu mengurangkan masalah radang pada usus dan menjaga kesihatan sistem penghadaman. Bagi yang mengalami masalah penyakit crohn dan penyakit berkaitan peradangan usus yang lain, maka delima sangat memberi manfaat.

Cuma, bagi yang mengalami masalah cirit-birit, sebaik-baiknya hindari buah atau jus delima sehingga keadaan sudah pulih.

4. Baik untuk kesihatan jantung

Jus delima juga baik untuk kesihatan jantung anda. Ini kerana ia dapat meningkatkan aliran darah serta mencegah pembuluh arteri agar tidak menjadi kaku.

Tidak hanya itu, ia turut membantu menstabilkan tekanan darah.

5. Meningkatkan prestasi seksual

Manfaat menarik lain daripada jus delima ia dapat meningkatkan prestasi seksual dan kesuburan. Ia berikutan kandungan antioksidan, zat dalam mengendalikan radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatif.

Tekanan oksidatif ini memang dikaitkan dengan disfungsi sperma dan penurunan kesuburan pada wanita. Tak hanya itu, jus delima juga berfungsi untuk meningkatkan testosteron pada lelaki mahupun wanita.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain