suria

Nampak remeh tapi berjalan kaki, tak makan masin bantu kurangkan risiko penyakit jantung... sayangi diri anda!

Sayangi jantung anda.

BANYAK kes kematian mengejut disebabkan serangan jantung.

Sesiapa saja boleh mengalami serangan jantung. Ia tidak mengenal usia, malah tanpa diduga orang muda juga boleh terkena penyakit itu.

Malahan, banyak kes kematian mengejut disebabkan serangan jantung berlaku dalam kalangan selebriti dan personaliti terkenal.

Lebih mengejutkan, punca kematian yang tidak disangka-sangka itu turut berlaku pada atlet, termasuk mereka yang aktif bersukan kerana serangan jantung boleh berlaku ketika bersukan.

Hakikatnya, serangan jantung atau masalah kardiovaskular merupakan penyebab utama kematian di Malaysia, percaya atau tidak. ia direkodkan untuk tahun ke-14.

Bagi menanganinya, peneraju produk kesihatan semula jadi, Blackmores Malaysia menjalin kerjasama dengan peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia, Watsons bagi menerajui revolusi kesihatan khusus buat rakyat Malaysia menerusi National Wellness Movement atau Kempen Kesejahteraan Nasional.

Kempen Kesejahteraan Nasional Blackmores x Watsons merupakan inisiatif bersepadu yang memperkasakan rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan mereka.

Kempen ini berazam untuk memberi pendedahan mengenai mudahnya menjadi sihat, sama ada memilih makanan sihat, mengambil makanan tambahan, menjadi lebih aktif, atau mendapat tidur yang cukup setiap hari. Ia adalah kempen yang menggalakkan rakyat Malaysia agar menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri.

Masalah jantung

Masalah serangan jantung adalah sinonim dengan istilah lain seperti penyakit jantung koronari atau arteri koronari.

Serangan jantung boleh berlaku sekiranya darah yang dibekalkan ke otot jantung dan berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh badan berkurangan secara kritikal atau terhenti.

Ia boleh berlaku sekiranya salah satu daripada koronari arteri iaitu saluran utama yang membekalkan darah ke jantung tersumbat misalnya berpunca daripada darah beku yang terhasil di atas plak.

Plak tersebut pula terjadi akibat masalah aterosklerosis yang berlaku apabila lemak berkumpul di dinding arteri (saluran darah).

Impaknya adalah arteri tersebut menjadi semakin sempit dan tegang, sehingga menyebabkan darah tidak dapat disalurkan ke jantung dengan baik.

Kadar kolestrol 'jahat' yang dikenali sebagai kolestrol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) yang tinggi merupakan kunci kepada berlakunya serangan jantung. Ini kerana ia boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.

Bahkan, kadar kolestrol 'baik' atau kolestrol lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) yang rendah adalah antara sebab lain berlakunya serangan ini.

Kadar kolestrol dalam darah adalah berkait rapat dengan faktor pemakanan dan juga jumlah kolestrol yang dihasilkan oleh tubuh kita sendiri.

Pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak tepu, lemak trans dan kolestrol ‘jahat’ dalam pemakanan secara tidak langsung boleh meningkatkan kadar kolestrol LDL.

Faktor genetik juga memainkan peranan bagi menentukan kadar kolestrol yang dihasilkan oleh tubuh badan.

Antara faktor yang meningkatkan risiko penyakit ini seperti mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghadapi serangan jantung, darah tinggi, kencing manis, obesiti, tekanan, kurang aktif atau tidak bersukan. Ini termasuk mereka yang mempunyai habit merokok.

Pengambilan suplemen

Selain mengamalkan pemakanan yang sihat dan rutin senaman secara aktif, pengambilan suplemen juga mampu mengurangkan risiko kematian atau penyakit yang disebabkan oleh masalah kardiovaskular.

Ia tidak lain dan tidak bukan adalah suplemen seperti minyak ikan yang mengandungi Omega-3 secara berterusan. Pengambilan minyak ikan secara harian dipercayai mampu mengurangkan risiko kepada kematian dalam populasi secara umumnya. Ia juga membantu mengurangkan kejadian serangan jantung atau kematian mengejut disebabkan penyakit jantung koronari.



Bersama kekalkan badan sihat.

Mengenai fungsinya, kandungan asid lemak Omega-3 mampu melindungi daripada penyakit kardiovaskular melalui kesannya yang bermanfaat terhadap tekanan darah tinggi, kadar trigliserida dan denyutan jantung.

Malah, ia membantu meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL) untuk membuang kolestrol berlebihan di dalam badan melalui proses pengeluaran secara semula jadi oleh organ hati.

Kebiasaannya, kebanyakan suplemen minyak ikan di pasaran mengandungi dos 1000mg. Dalam minyak ikan, komponen yang bermanfaat adalah Omega-3, yang dikenali sebagai asid ekosapentaenoik (DHA) dan asid eikosapentatonik (EPA) dengan jumlah dos masing-masing lebih kurang 180mg dan 120mg.

Terdapat juga formulasi dengan proses yang berbeza mempunyai dos EPA dan DHA yang berganda dari kebiasaan yang terdapat di pasaran. Minyak ikan yang didapati 100 peratus daripada ikan yang wujud secara liar mempunyai ekstrak yang jauh lebih baik daripada ikan yang diternak sendiri.

Antara sumber ikan yang selamat digunakan dalam formulasi suplemen ini adalah ikan bilis dan ikan sardin kerana kedua-dua jenis hidupan laut ini mempunyai kadar bahan tercemar yang lebih rendah berbanding dengan ikan bersaiz lebih besar.

Oleh itu, pemilihan suplemen minyak ikan dari jenama mahupun syarikat bereputasi tinggi yang sangat mementingkan kualiti, keselamatan dan keaslian produk mereka adalah amat penting demi memastikan produk yang digunakan juga berkualiti dan selamat digunakan.

Sterol tumbuhan juga adalah antara alternatif baik bagi mereka yang mempunyai kadar kolestrol tinggi. Ia selalunya boleh didapati di dalam makanan berasaskan tumbuhan seperti kacang tanah, bijian mahupun minyak sayur. Ia membantu dalam mengawal kadar kolestrol dengan mengurangkan penyerapannya dari sistem penghadaman ke dalam saluran darah.

Yayasan Jantung Malaysia menyarankan pengambilan harian 2 hingga 3 gram sterol tumbuhan oleh individu tertentu. Namun, saranan itu agak sukar dipenuhi melalui diet harian semata-mata.

Oleh itu, suplemen daripada sterol tumbuhan adalah disarankan bagi mereka yang perlu mengawal kadar kolestrol dalam badan. Ia bukan sahaja sesuai dan selamat untuk diambil setiap hari bersama ubatan moden bagi menurunkan kadar kolestrol, malah tiada kesan sampingan buruk.

Selain itu, oat juga merupakan antara makanan tambahan yang agak popular kerana ia dipercayai mampu menurunkan kadar kolestrol tinggi. Ia mengandungi serat boleh larut dikenali sebagai betaglucan yang sentiasa terpaut bersama kolestrol dan mampu mengelak daripada penyerapan kolestrol dalam usus ke tubuh badan.

Kelebihan oat sebagai makanan tambahan setiap hari mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan seperti yang dibuktikan dalam beberapa kajian. European Food Safety Authority (EFSA) juga secara rasminya mengesahkan pengambilan betaglucan sebanyak 3g setiap hari boleh mengurangkan kadar kolestrol yang tinggi. Bagi memenuhi keperluan harian seperti yang disarankan, tiga hingga empat mangkuk bubur oat perlu diambil.

Selain itu, mengambil dua sudu besar serbuk yang kaya dengan oat betaglucan dengan mencampurkannya ke dalam minuman atau makanan juga mampu memenuhi saranan seperti dalam kajian tersebut bagi membantu mengurangkan kadar kolestrol yang tinggi. Beberapa kajian lain juga telah membuktikan bahawa selain mengurangkan kadar kolestrol, oat betaglucan juga mampu mengurangkan kadar gula dalam darah.

Suplemen yang baik untuk kesihatan jantung adalah Coenzyme Q10 atau lebih dikenali sebagai CoQ10. Ia sebenarnya merupakan bahan yang seakan-akan vitamin yang terdapat di dalam setiap sel badan kita. Ia adalah komponen penting kepada mitokondria yang menjadi kilang kepada tenaga bagi setiap sel untuk menjalankan fungsi masing-masing.

Jantung merupakan organ yang memiliki jumlah CoQ10 paling tinggi kerana ia merupakan antara organ yang tidak pernah berhenti bekerja. CoQ10 memainkan peranan amat penting dalam penghasilan tenaga dan juga berfungsi sebagai antioksida.



Pengambilan suplemen juga mampu mengurangkan risiko kematian atau penyakit yang disebabkan oleh masalah kardiovaskular.

Sumber makanan seperti daging dan produk yang berasaskan ikan, brokoli, kubis, kacang tanah, bayam dan soya adalah antara sumber makanan yang mengandungi CoQ10 ini. Bagaimanapun, kajian dari Denmark yang dijalankankan pada 2012 mendapati individu hanya makan 3 hingga 5mg CoQ10 daripada makanan setiap hari. Oleh itu, supplemen CoQ10 adalah lebih disarankan kepada warga emas kerana penghasilan CoQ10 oleh badan kita sendiri semakin berkurangan apabila kita semakin berusia.

Suplemen CoQ10 memberi kesan yang baik kepada mereka yang menghidap darah tinggi, kadar denyutan jantung yang tidak stabil dan juga jantung yang gagal berfungsi secara normal. Kajian mendapati pesakit yang mengambil suplemen CoQ10 sebelum dan selepas menjalani pembedahan jantung lebih cepat sembuh kerana ia membantu proses pemulihan otot jantung setelah pembedahan berlaku.

Ia juga mampu mengelak daripada berlakunya ketegangan saluran darah kerana fungsinya sebagai antioksida. Ubat moden untuk menurunkan kadar kolestrol atau lebih dikenali sebagai statins boleh menyebabkan pengurangan penghasilan CoQ10 dalam badan. Oleh itu, pesakit yang sedang mengambil ubat tersebut akan memperoleh manfaat daripada pengambilan suplemen CoQ10.

Gaya hidup sihat

Selain pengambilan suplemen kesihatan, diet seimbang dan gaya hidup sihat amat penting bagi mengurangkan risiko penyakit jantung. Risiko masalah kardiovaskular yang boleh mengakibatkan masalah koronari seperti serangan jantung adalah lebih tinggi bagi mereka yang merokok, menjalani gaya hidup yang tidak aktif dan pengambilan alkohol berlebihan. Membuat aktiviti kardio selama 30 minit sebanyak dua hingga tiga kali seminggu adalah disarankan mengikut kemampuan dan keadaan individu.

Mungkin ramai yang tidak menyedarinya, namun sebarang aktiviti yang ringan sekecil-kecil seperti berjalan kaki adalah lebih baik daripada tidak melaksanakan aktiviti atau pergerakan fizikal. Kurang pengambilan karbohidrat dan melebihkan serat dalam pemakanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga mampu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan juga strok. Selain itu, perlu diingatkan juga bahawa pengambilan garam perlu dihadkan kepada hanya satu sudu teh terutama bagi penghidap penyakit darah tinggi.

Sempena Hari Jantung Sedunia pada 29 September, rangkaian suplemen kesihatan Blackmores menerusi menyediakan pendorong yang anda perlukan, bagi mengaktifkan hidup anda dan membantu kepada penjagaan diri anda setiap hari.

Aktiviti bertemakan Hearty Heart menerusi Kempen Kesejahteraan Nasional ini memberi kesedaran kepada anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan lebih sempurna.

Oleh sebab itulah Blackmores begitu memahami keperluan anda dengan memperkenalkan supleman Blackmores Fish Oil 100mg yang dihasilkan dengan menekankan kualiti yang tinggi dan kaya sumber semula jadi Omega-3 untuk sumber sokongan harian anda.

Setiap pengguna disarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada mana-mana ahli kesihatan professional sekiranya baru ingin mengambil sebarang jenis suplemen terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen tersebut, layari laman web www.blackmores.com.my dan www.watsons.com.my atau ikuti Blackmores Malaysia di Facebook, dan Watsons Malaysia di Facebook dan Instagram.

Ketahui lebih lanjut mengenai produk Blackmores dan bacaan topik berkaitan kesihatan di https://www.blackmores.com.my/products dan https://www.blackmores.com.my/health-topics

Rujukan

Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019

Laman web Yayasan Jantung Malaysia

https://www.blackmores.com.au/heart-and-circulation/heart-health

Zhi-Hao Li, Wen-Fang Zhong, Simin Liu, et al. Associations of habitual fish oil supplementation with cardiovascular outcomes and all cause mortality: evidence from a large population based cohort study

Akademi Perubatan Malaysia (AMM)

National Library of Medicine (NIH)

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain