suria

Ketahui 8 perkara yang berlaku pada anda jika berat badan turun 20kg!

Menurunkan berat badan memang bukan proses yang mudah tetapi ia mempunyai pelbagai kebaikan pada kesihatan anda.

MENURUNKAN berat badan bukan proses mudah sebaliknya ia memerlukan kerja keras dan disiplin terutamanya jika anda meletakkan sasaran penurunan yang besar.

Bagaimanapun semua usaha itu boleh menjadi sesuatu yang berbaloi bukan sahaja anda mendapat tubuh idaman tetapi ia turut memberi kesan positif kepada kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sila ambil tahu! Buah delima... khasiatnya mampu tingkatkan prestasi seksual!

Kajian turut mendapati, individu yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram atau lebih akan mengalami beberapa perkara ini, termasuklah;

1. Tidur lebih baik

Menerusi kajian yang dilakukan Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat mendapati individu yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) akan bernafas lebih mudah pada waktu malam selain kualiti tidur juga meningkat.

Dalam kajian sama, individu yang hilang berat badan sebanyak lima peratus boleh tidur 22 minit lebih lama pada setiap malam.

2. Rasa makanan berubah

Kajian dilakukan Universiti Stanford pula mendapati 87 peratus pesakit yang pernah menjalani pembedahan bariatrik (pengecilan perut) mengalami perubahan rasa pada makanan.

Hampir separuh daripada pesakit melaporkan ada sesetengah makanan kegemaran mereka menjadi tidak sedap yang menyebabkan mereka makan lebih sedikit berbanding sebelumnya.

Hasilnya, mereka kehilangan 20 peratus berat badan dalam tempoh tiga bulan.

3. Ingatan semakin kuat

Hasil kajian yang dilakukan The Endocrine Society 2013 pula mendapati wanita lanjut usia mampu mengecam wajah dan nama setelah mengikuti program penurunan berat badan selama enam bulan.

Penyelidik menjelaskan, keadaan itu berlaku kerana aktiviti otak manusia berkaitan pengenalan identiti meningkat sementara bahagian otak berkaitan memori episodik menurun.

Keadaan ini membuatkan otak lebih efisyen dalam menyimpan dan mengumpul kembali informasi baharu.

4. Kesihatan seksual

Baik lelaki atau pun wanita, mereka yang berjaya mengurangkan berat badan akan merasakan peningkatakan pada kesihatan seksual mereka.

Kajian yang dilakukan Canadian Family Physician misalnya menjelaskan bahawa 31 peratus lelaki obesiti dengan disfungsi ereksi sudah mampu mengembalikan fungsi alat sulit selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 15kg.

5. Jarang sakit lutut dan sendi

Menurut Arthritis Foundation, dengan hanya menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg sama dengan menghilangkan tekanan pada lutut kita. Jadi bayangkan kita berjaya menurunkan 20 kg?

6. Tekanan darah menurun

Berat badan berlebihan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan termasuk tekanan darah tinggi. Namun dengan bersenam dan mengurangkan berat badan sehingga lima kg pun ia sudah cukup membantu menurunkan tekanan darah.

7. Kurangkan risiko kanser

Lemak pada tubuh dikaitkan dengan risiko pengembangan pelbagai jenis kanser. Misalnya, wanita berusia yang mengalami masalah obesiti memiliki 20 hingga 40 peratus peluang untuk terkena kanser payudara.

Salah satu alasan yang mungkin dapat menjelaskan keadaan itu, lemak menghasilkan estrogen dalam jumlah yang tinggi. Tingkat estrogen meningkatkan kemungkinan berkembangnya kanser payudara, ovari dan kanser rahim.

Berita baiknya, usaha mengurangkan tiga kg pun sudah cukup untuk menurunkan risiko kanser pada wanita.

8. Kolestrol menurun

Memiliki kadar kolestrol jahat yang tinggi dapat meningkatkan timbunan lemak pada arteri dan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung, angin ahmar dan serangan jantung.

Usaha mengurangkan 10 peratus berat badan anda juga sudah membantu menurunkan jumlah kolestrol dalam badan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Bersenam, Diet, Bariatrik, Kolestrol, Kanser

Artikel Lain