suria

Awas suka tahan kencing... 4 masalah ini menanti anda!

Menahan kencing sebenarnya adalah tabiat yang boleh menyebabkan beberapa masalah seperti jangkitan saluran pundi kencing dan inkontinensia urin. - Gambar Sekadar Hiasan

AKIBAT kesibukan kerja atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas membuatkan kita kadang-kadang terpaksa menahan untuk membuang air kecil.

Meskipun keadaan ini boleh dikatakan normal namun sebaik-baiknya kita tidak selalu menahan kencing kerana ia boleh menjadi penyebab kepada beberapa masalah kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahaya main telefon dalam tandas... bukan sahaja buasir, boleh sebarkan bakteria E.coli!

Pundi kencing yang sihat mampu menampung 400-500 mililiter urin atau sekitar dua gelas air sebelum mencapai tahap maksimum.

Berikut adalah beberapa risiko sekiranya kita sering menahan kencing terlalu kerap.



Kenali gejala jangkitan saluran pundi kencing.

1. Inkontinensia urin

Penting untuk kita fahami bahawa jika kita tidak buang air kencing secara teratur, pundi kencing boleh mengalami situasi dipanggil atrofi atau ia akan menjadi lemah.

Akibatnya, kita boleh mengalami inkontinensia urin yang menyebabkan kebocoran urin yang tak disengajakan.

2. Jangkitan saluran pundi kencing

Sering menahan kencing boleh menyebabkan jangkitan saluran pundi kencing kerana bakteria dapat berkembang dengan baik. Risiko terkena jangkitan itu juga cukup tinggi jika kita tidak cukup minum air.

Jika kita sering tahan kencing, sebaik-baiknya kenali tanda dan gelaja jangkitan saluran pundi kencing;

* Sensasi terbakar yang tajam ketika buang air kecil

* Urin tidak berwarna atau berdarah

* Rasa sakit pada bahagian bawah perut

* Urin berbau busuk



Sebaik-baiknya cuba jangan menahan kencing.

3. Pundi kencing meregang

Kebiasaan menahan kencing untuk jangka waktu panjang boleh menyebabkan pundi kencing anda meregang.

Jika perkara itu berlaku, kita mungkin akan mengalami kesukaran ketika kencing dan sentiasa rasa ingin membuang air kecil.

Situasi ini juga boleh menyebabkan inkontinensia urin.

4. Urin kekal dalam pundi kencing

Kebiasaaan menahan kencing juga boleh menyebabkan urin tidak keluar sepenuhnya kerana berlaku masalah tersumbat pada saluran kencing melalui pundi kencing dan uretra.

Kekerapan membuang air kecil sebenarnya berbeza bagi setiap individu namun empat hingga 10 kali sehari adalah normal.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain