BUAH mangga adalah salah satu buah yang bukan sahaja enak dan digemari ramai tetapi mempunyai pelbagai khasiat yang mungkin tidak diketahui umum. Ia kaya dengan protein, serat, vitamin C, vitamin A, asid folat, vitamin B-6, vitamin K dan kalium. Mangga dapat membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes dan masalah jantung.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan air putih je, penghidap diabetes boleh minum 4 minuman ini! Selain mengurangkan risiko penyakit-penyakit tersebut, mangga juga dapat meningkatkan kesihatan kulit dan rambut. Berikut beberapa manfaat mangga kepada kesihatan. 1. Menurunkan kandungan kolestrol Mangga mempunyai vitamin C, pektin dan serat yang tinggi untuk membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan. Mangga juga kaya dengan kalium yang merupakan untuk sel dan cecair dalam tubuh. Buah ini juga mampu mengawal degupan jantung dan tekanan darah. 2. Menjaga kesihatan mata Mangga cukup kaya dengan vitamin A dan sehiris mangga sama dengan 25 peratus keperluan harian vitamin itu. Mangga membantu meningkatkan penglihatan, mengatasi masalah mata kering dan membantu mengatasi rabun. 3. Mengurangkan risiko asma Ramai kata mangga tidak bagus untuk orang yang selalu batuk dan mengalami asma kerana ia kategori buah 'sejuk' tetapi kajian menunjukkan vitamin A dan beta-karoten yang terdapat di dalamnya dapat membantu mengurangkan risiko penyakit itu. 4. Meningkatkan kekebalan tubuh Kombinasi vitamin C dan vitamin A serta 25 jenis karotenoid dalam mangga membantu menjaga sistem kekebalan tubuh agar lebih sihat. Mangga menjadi sumber nutrisi meningkat kekebalan diri yang baik serta membantu melawan jangkitan. Buah ini juga kaya dengan folat, vitamin K, vitamin E dan beberapa vitamin B yang membantu meningkatkan imunisasi tubuh. 5. Merawat keasidan Mangga kaya dengan asid tartarat, asid malat dan asid sitrat yang membantu mengekalkan simpanan alkali badan dengan mengelakkan masalah keasidan. Menjadikan badan beralkali penting, kerana makanan tertentu dapat menghasilkan produk sampingan berasid di dalam badan anda, yang berpotensi mengganggu proses pencernaan. Makan buah mangga dapat membantu mengurangkan kesan negatif keasidan ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!