suria

Bukan makan telur tiap hari boleh kurus tapi cara ia dimasak yang utama... ini 5 kesannya pada kesihatan anda

Telur boleh dimasak pelbagai cara.

BOLEH dikatakan hampir setiap hari kita makan telur bukan sahaja kerana ia enak tetapi mudah disediakan.

Ia juga sebenarnya sangat berkhasiat kerana sebutir telur mengandungi enam gram protein selain boleh dijadikan pelbagai hidangan seperti telur dadar, telur rebus atau telur hancur.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai takut buat mamogram, Pusat Perubatan Sunway perkenal 'C.H.A.T' bantu wanita kesan risiko kanser payudara

Apakah sebenarnya kesan kepada tubuh manusia sekiranya makan telur setiap hari?

1. Lebih bertenaga

Sebiji telur dapat memberi kita tenaga memandangkan ia mempunyai protein dan lemak yang lebih lambat dicerna berbanding karbohidrat.

2. Meningkatkan sistem imunisasi

Menurut pakar pemakanan, telur juga mampu meningkatkan sistem imunisasi manusia kerana pelbagai nutrisi yang terkandung di dalamnya seperti vitamin A, D dan E.

Ia sekaligus mampu melawan pelbagai penyakit memandangkan ia juga mengandungi antioksidan yang berfungsi sebagai pertahanan tubuh.

3. Menjaga kesihatan kognitif

Beberapa nutrisi dalam telur juga memiliki peranan penting dalam menjaga kesihatan otak agar ia berada dalam keadaan baik.

Kandungan kolin yang tinggi mampu menguatkan struktur dan fungsi otak. Telur juga mengandungi di antara 100-500 omega-3 yang penting untuk kesihatan otak.

4. Menyihatkan kulit dan rambut

Telur adalah sumber protein dan biotin yang baik. Kedua-duanya dapat merangsang pertumbuhan rambut agar lebih lebat dan kuat.

Tidak hanya itu, telur yang kaya dengan antikoksidan dapat melawan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel, penyebab penuaan.

5. Turun berat badan

Makan telur setiap hari bukannya dapat membuatkan anda kurus tetapi ia adalah makanan yang kaya nutrisi serta sumber protein dan lemak.

Telur dapat menyokong proses penurunan berat badan kerana ia memberi rasa kenyang lebih lama namun ia bergantung kepada cara ia dimasak.

Kandungan kolin di dalamnya juga dapat meningkatkan metabolisme termasuk memecahkan lemak dan ditukar sebagai tenaga.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain