SEDU sering kali terjadi secara tiba-tiba dan ia boleh mengganggu aktiviti harian malah membuatkan orang di sekeliling berasa tidak selesa disebabkan bunyi yang dihasilkan. Dalam istilah perubatan, sedu dikenali sebagai synchronous diaphragmatic flutter (SDF) atau singultus dan ia terjadi ketika diafragma menguncup secara tidak sengaja.ARTIKEL BERKAITAN: Makan banyak mana pun tetap slim! Ini 6 makanan dapat bantu tambah berat si kurus Pada masa sama, kotak suara berhubung dengan pita suara sehingga membuatkan ia menyekat aliran udara. Sedu boleh terjadi kepada siapa sahaja, tidak mengira usia atau jantina. Secara umumnya, ia dapat hilang dengan sendirinya tanpa memerlukan ubat-ubatan. Ia juga boleh berlaku disebabkan makan atau minum terlalu cepat. Menahan nafas dikatakan boleh menghilangkan sedu. Bagaimanapun terdapat beberapa kaedah boleh dilakukan untuk menghilangkan sedu dengan cepat. 1. Teknik pernafasan dan postur tubuh * Tarik nafas dan tahan selama 10 saat, lalu hembuskan perlahan. Ulangi sebanyak tiga atau empat kali sehingga ada berasa lega. * Letakkan lutut ke dada dan peluk selama 2 minit. * Urut dada dengan perlahan sambil bersandar ke hadapan. 2. Makanan dan minuman * Kumur dengan air sejuk boleh melegakan sedu. * Letakkan sedikit gula pasir pada lidah. Apabila gula mula cair, telan gula tersebut. * Minum air sejuk secara perlahan-lahan. * Minum segelas air suam dengan perlahan sehingga habis tanpa bernafas. * Ambil sehiris lemon, letakkan pada lidah dah hisap seperti manisan. Minum air suam boleh melegakan sedu. 3. Titik tertentu badan * Pegang hujung lidah dengan jari dan tarik. Cara ini merangsang saraf vagus dan meredakan kontraksi diafragma yang dapat menghentikan sedu. * Tekan diafragma dengan lembut. * Beri tekanan lembut di setiap sisi hidung ketika menelan. Dalam kebanyakan kes, sedu akan hilang dengan sendirinya dan tidak ada perlu dibimbangkan. Jika sedu terus berlanjutan, barulah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!